Berita Berita
SPRM hentikan serta-merta pakaian lokap oren untuk suspek ke mahkamah
KUALA LUMPUR 4 Sept - Individu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak lagi diwajibkan memakai pakaian seragam oren agensi itu ketika dibawa ke mahkamah bagi prosiding reman.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman, berkata syarat berkenaan digantung serta-merta susulan perkembangan terkini dan syor semasa berkaitan prosedur pengendalian orang yang disiasat, khususnya ketika mereka dibawa ke mahkamah.
"Orang yang disiasat akan dibenarkan memakai pakaian sendiri apabila dibawa ke mahkamah, manakala pakaian lokap hanya akan dipakai sepanjang tempoh mereka ditahan di dalam lokap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abd Halim berkata, penggunaan gari pula akan ditentukan berdasarkan keadaan bagi setiap kes.
Beliau berkata, pengecualian turut diberikan kepada individu yang uzur, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak dan warga emas.
"Bagaimanapun, SPRM akan terus mengambil langkah berjaga-jaga dan memastikan kawalan keselamatan yang bersesuaian dilaksanakan sepanjang pengendalian orang yang disiasat," katanya.
Beliau berkata, SPRM kekal komited memastikan setiap suspek dikendalikan secara profesional, berintegriti dan berhemah, selain mematuhi undang-undang serta prosedur yang ditetapkan.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:27 pm
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
September 4, 2026, 10:06 pm
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
September 4, 2026, 8:39 pm
