Berita Berita
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
PUTRAJAYA 4 Sept - Ketum bukan sekadar minuman biasa atau alternatif untuk merawat penyakit seperti yang didakwa sesetengah pihak, sebaliknya pengambilannya secara berterusan boleh menyebabkan ketagihan dan memberi kesan buruk berpanjangan kepada tubuh.
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Datuk Ruslin Jusoh, berkata persepsi bahawa ketum mempunyai khasiat perubatan adalah mitos, malah kesannya terhadap tubuh hampir sama seperti penggunaan dadah jenis opiat.
Beliau berkata, masih ramai menganggap tumbuhan itu sebagai minuman biasa, namun pindaan undang-undang terbaru membolehkan tindakan diambil terhadap pengguna ketum.
Menurutnya, pengambilan ketum secara berterusan dikhuatiri mengakibatkan ketagihan berpanjangan serta memberi kesan buruk kepada tubuh.
"Di luar sana banyak cerita di jalanan, bahawa ambil ketum boleh menghilangkan penyakit, siapa yang ada masalah kencing manis (didakwa) boleh hilang kencing manis.
"Ini hanyalah persepsi, sebab ketum mampu memberi ketagihan yang serius sebenarnya sekiranya diambil secara berterusan. Malah ada yang beranggapan boleh ganti heroin dengan ketum.
"Ada yang anggap kalau tidak mampu beli heroin dia ambil ketum sebab dia rasa mungkin kesan adalah hampir sama," katanya ketika ditemui di Program Menembak AADK Bersama Media di Kelab Menembak Sasaran Shapadu, di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Zainuddin Abdullah; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Effendi Omar serta pegawai kanan AADK.
Mengulas lanjut, Ruslin berkata, ketum tertakluk mengikut Akta Racun 1952 dan pihak AADK kini dilengkapi kit ujian bagi mengesan mitragynine yang juga bahan psikoaktif di dalam tumbuhan itu.
"Di pihak kami tindakan diambil tegas, kita buat operasi kita juga uji urin untuk ketum untuk pastikan mereka yang terbabit boleh diambil tindakan.
"Jadi nasihat saya apa yang dikatakan di luar sana berkenaan 'khasiat' ketum hanya retorik semata-mata, tidak betul sama sekali dan pengguna ketum perlu berhenti segera kerana kesannya hampir sama dengan (dadah) opiat lain," katanya.
Menurutnya, jumlah penggunaan ketum mencatat peningkatan bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini apabila seramai 1,956 pengguna dikesan berbanding 1,579 orang bagi tempoh sama tahun lalu.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:06 pm
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
September 4, 2026, 8:39 pm
Lelaki pekak dan bisu kelar leher kanak-kanak, bakar 4 nyawa gagal rayuan, hukuman ke tali gantung kekal
September 4, 2026, 7:05 pm
