Berita Berita
Hasrat 'kayuh' ke Thailand tak kesampaian, dua sahabat maut dirempuh kereta
KOTA BHARU 4 Sept - Hasrat seorang kakitangan Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk berbasikal ke Thailand minggu depan tidak kesampaian apabila dia maut bersama seorang sahabat selepas dirempuh kereta di Kilometer 18, Jalan Kota Bharu-Ketereh, di sini, pagi tadi.
Abang mangsa, Zamrie Risman Mahmet, 52, berkata adiknya, Zamrie Rismawadi Mahmet, 49, dan rakannya, Nik Zaki Yamani Nik Abdul Aziz, 49, sedang menjalani latihan intensif sebagai persediaan untuk perjalanan berbasikal ke Thailand.
Katanya, dia mengetahui kejadian itu melalui ahli keluarga ketika menghadiri Muktamar PAS ke-72 di Pengkalan Chepa sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
"Saya hampir dua bulan tidak berhubung dengan adik dan berhajat jumpa dia selepas muktamar. Dia memang minat sangat berbasikal dan sedang membuat persiapan untuk ke Thailand, minggu depan," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Zamrie Risman yang tinggal di Selangor berkata, jenazah adiknya akan dibawa pulang ke Kampung Rupek untuk dikebumikan.
Dalam kejadian pagi tadi, kedua-dua mangsa yang sedang berbasikal cedera parah dan maut di tempat kejadian selepas dirempuh sebuah Perodua Kelisa.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Wan Ruzailan Wan Mat Rusoff ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
Katanya, kedua-dua jenazah dibawa ke HRPZII untuk bedah siasat.
Katanya, laporan kejadian akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Berita berkaitan
September 5, 2026, 12:51 pm
KLN teruskan usaha pengesanan, 55 warga Malaysia belum dapat dihubungi di Nepal
September 5, 2026, 12:13 pm
Abdul Hadi dakwa isu rasuah dipilih-pilih untuk jatuhkan pihak lawan
September 5, 2026, 11:37 am
'Kalau orang Islam tak tunggang agama, nak tunggang apa? Petai?' - Pemuda PAS Kedah
September 5, 2026, 10:52 am
11 anggota SMART berlepas ke Nepal, fokus cari rakyat Malaysia
September 5, 2026, 8:14 am
Bacaan IPU Serian bertambah baik, hujan lebat beri kelegaan di Kuching, Samarahan
September 5, 2026, 8:07 am
Tapak warisan UNESCO Jeti Chew terbakar di Pulau Pinang
September 4, 2026, 10:27 pm
'Jangan percaya ketum konon boleh jadi ubat, kesan sama macam dadah' - AADK
September 4, 2026, 8:39 pm
Lelaki pekak dan bisu kelar leher kanak-kanak, bakar 4 nyawa gagal rayuan, hukuman ke tali gantung kekal
September 4, 2026, 7:05 pm
