TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kedutaan AS nafi kenyataan Hadi Awang cuba tentukan kepemimpinan politik Malaysia

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 SEPTEMBER - Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur menafikan pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia, sambil menyifatkan sebarang dakwaan sebaliknya sebagai palsu.

Menerusi satu kenyataan, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr berkata, AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.

“Amerika Syarikat tidak pernah berusaha untuk menentukan kepemimpinan politik Malaysia dan sebarang laporan yang mendakwa sebaliknya adalah palsu,” katanya.

Penafian itu dibuat susulan spekulasi dalam talian mengenai peranan AS dalam urusan politik domestik Malaysia.

Kedutaan AS sebelum ini turut menegaskan bahawa hubungan diplomatiknya dengan Malaysia terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Semalam Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon Perdana Menteri yang dicadangkan parti berkenaan ketika pertemuan di Kedutaan AS di Malaysia.

Abdul Hadi dilaporkan berkata, pertanyaan berhubung calon Perdana Menteri dikemukakan kepadanya selepas dua pimpinan utama PAS iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Dr Ahmad Samsuri Mokhtar terlebih dahulu mengadakan pertemuan dengan duta berkenaan.

Pada sesi penggulungan sempena Muktamar PAS ke-72, Abdul Hadi mendakwa, dalam pertemuan itu, kedua-dua pimpinan utama PAS dimaklumkan mengenai kemungkinan untuk menjatuhkan kerajaan dan mengambil alih pentadbiran, selain mendakwa AS bersedia membantu usaha berkenaan.

+ - reset