Berita Berita
'Di luar bidang kuasa Imigresen' - Rohingya ada kad UNCHR, tak sama macam PATI
KUALA LUMPUR, 6 Sept - Pelarian etnik Rohingya yang memiliki kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) tidak tergolong sebagai Pendatang Tanpa Izin (PATI) dan berada di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen Malaysia untuk tindakan berkaitan kesalahan imigresen tertentu.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban menjelaskan, pemegang kad UNHCR mempunyai 'imuniti' perlindungan daripada diambil tindakan berhubung kesalahan membabitkan dokumen perjalanan atau pas yang tidak sah.
"Rohingya tidak sama dengan PATI. Mereka yang memiliki kad UNHCR tidak boleh diambil tindakan atas kesalahan imigresen seperti tinggal lebih masa atau tidak memiliki dokumen perjalanan dan pas yang sah.
"Bagaimanapun, mereka tetap tertakluk kepada undang-undang lain yang dikuatkuasakan oleh agensi penguatkuasaan lain," katanya ketika dihubungi bagi mengulas kedudukan status pelarian Rohingya.
Sementara itu, mengulas mengenai penguatkuasaan terhadap PATI secara umum, Zakaria berkata Jabatan Imigresen Malaysia mengalu-alukan maklumat dan aduan daripada orang awam bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan serta operasi di mana-mana kawasan yang disyaki.
Menurutnya, tindakan penguatkuasaan Imigresen dilaksanakan berdasarkan aduan, risikan dan maklumat yang diterima daripada orang awam.
"Penguatkuasaan Imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.
"Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa, "katanya.
Katanya, tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya adalah berdasarkan aduan, risikan dan maklumat yang diterima daripada orang ramai.
"Penguatkuasaan Imigresen adalah berasaskan aduan, risikan dan maklumat awam. Semua maklumat dan aduan yang diterima akan disiasat.
"Namun begitu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri, sebaliknya menyerahkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa, "katanya.
Sumber: Harian Metro
Berita berkaitan
September 6, 2026, 6:01 pm
Semua sekolah di Labuan beroperasi seperti biasa
September 6, 2026, 6:00 pm
Malaysia mungkin terkesan dari letusan gunung anak Krakatau?
September 6, 2026, 3:27 pm
PM nafi siasatan ke atas pemimpin politik disebabkan dendam
September 6, 2026, 3:23 pm
MAS, Batik Air terpaksa batal 20 penerbangan Malaysia-Jakarta akibat letupan gunung berapi
September 6, 2026, 3:21 pm
RCI TH: Reman bekas menteri disambung 2 hari
September 6, 2026, 3:13 pm
Penantian 11 tahun berakhir, SJKT Sungai Bakap bakal miliki sekolah baharu - Fadhlina
September 6, 2026, 12:58 pm
Pelajar UiTM maut ketika sertai cabaran ketahanan, lapan lagi tidak sedarkan diri
September 6, 2026, 10:11 am
