Berita Berita
RCI TH: Reman bekas menteri disambung 2 hari
KUALA LUMPUR 6 SEPTEMBER - Tempoh reman seorang bekas menteri yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung isu pajakan hotel berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) di Arab Saudi, disambung dua hari.
Menurut Bernama, perintah reman bermula esok hingga Selasa terhadap lelaki berumur lingkungan 60-an itu dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan Zakariah selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman ketika dihubungi berkata kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Media sebelum ini melaporkan bekas menteri itu ditahan ketika hadir memberikan keterangan di SPRM dan direman lima hari bermula dari Rabu lepas hingga hari ini.
Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) TH didedahkan kepada umum pada 29 Julai, yang merekodkan pelbagai kelemahan pengurusan dan operasi TH bagi tempoh 2014 hingga 2020, serta menyenaraikan pelaburan bermasalah yang memerlukan audit forensik.
Laporan itu turut menyebut bahawa wujudnya transaksi yang mencurigakan dan penyembunyian maklumat.
Berita berkaitan
September 6, 2026, 6:01 pm
Semua sekolah di Labuan beroperasi seperti biasa
September 6, 2026, 6:00 pm
Malaysia mungkin terkesan dari letusan gunung anak Krakatau?
September 6, 2026, 5:53 pm
'Di luar bidang kuasa Imigresen' - Rohingya ada kad UNCHR, tak sama macam PATI
September 6, 2026, 3:27 pm
PM nafi siasatan ke atas pemimpin politik disebabkan dendam
September 6, 2026, 3:23 pm
MAS, Batik Air terpaksa batal 20 penerbangan Malaysia-Jakarta akibat letupan gunung berapi
September 6, 2026, 3:13 pm
Penantian 11 tahun berakhir, SJKT Sungai Bakap bakal miliki sekolah baharu - Fadhlina
September 6, 2026, 12:58 pm
Pelajar UiTM maut ketika sertai cabaran ketahanan, lapan lagi tidak sedarkan diri
September 6, 2026, 10:11 am
