Berita Berita
PM nafi siasatan ke atas pemimpin politik disebabkan dendam
SERDANG 6 SEPTEMBER - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan sebarang siasatan yang dijalankan terhadap mana-mana pemimpin politik ketika ini sama sekali tidak didorong unsur dendam mahu pun perasaan iri hati.
Katanya, beliau tidak terlibat secara langsung dalam proses siasatan yang dijalankan pihak berkuasa, malah keputusan untuk mendakwa mana-mana pihak terletak di bawah bidang kuasa Peguam Negara dan pasukannya.
Anwar berkata keutamaannya adalah memastikan pentadbiran negara berjalan mengikut lunas undang-undang, khususnya dalam usaha membendung gejala penyelewengan dan rasuah daripada terus berleluasa.
"Ada pihak mendakwa ia berpunca daripada dendam atau iri hati. Sebenarnya, bukan saya yang menjalankan siasatan itu sebaliknya badan penguatkuasalah yang berbuat demikian.
"Peguam Negara bersama pasukannya yang meneliti setiap perincian kes sebelum memutuskan untuk memfailkan pendakwaan. Manakala yang menjatuhkan hukuman pula adalah hakim.
"Tugas saya hanyalah memastikan pemerintahan berjalan mengikut hukum dan peraturan. Penyelewengan serta rasuah mesti dibanteras, dan ini bukanlah permainan politik biasa," katanya.
Beliau demikian ketika berucap pada Majlis Penutupan Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2026 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, hari ini.
Anwar menegaskan bahawa setiap tindakan yang diambil adalah berlandaskan prinsip keadilan dan ketelusan, tanpa memandang kedudukan atau pangkat seseorang.
Beliau berkata beberapa pemimpin politik serta tokoh berpengaruh telah didakwa di mahkamah, manakala siasatan masih berjalan ke atas beberapa individu lain yang dikaitkan dengan pelbagai kes rasuah, salah guna kuasa serta penyelewengan dana awam.
Sementara itu, edisi ke-14 MAHA yang berlangsung selama 10 hari bermula 28 Ogos lalu, secara rasmi melabuhkan tirai hari ini.
Pameran tahunan itu berfungsi sebagai platform utama sektor pertanian negara yang menghimpunkan pemain industri, agensi kerajaan, usahawan serta institusi penyelidikan dan pengajian tinggi.
Ia turut menjadi wadah bagi mengetengahkan pelbagai inovasi, teknologi baharu serta membuka ruang kepada peluang perniagaan dalam rantaian sektor agromakanan negara.
Berita berkaitan
September 6, 2026, 6:01 pm
Semua sekolah di Labuan beroperasi seperti biasa
September 6, 2026, 6:00 pm
Malaysia mungkin terkesan dari letusan gunung anak Krakatau?
September 6, 2026, 5:53 pm
'Di luar bidang kuasa Imigresen' - Rohingya ada kad UNCHR, tak sama macam PATI
September 6, 2026, 3:23 pm
MAS, Batik Air terpaksa batal 20 penerbangan Malaysia-Jakarta akibat letupan gunung berapi
September 6, 2026, 3:21 pm
RCI TH: Reman bekas menteri disambung 2 hari
September 6, 2026, 3:13 pm
Penantian 11 tahun berakhir, SJKT Sungai Bakap bakal miliki sekolah baharu - Fadhlina
September 6, 2026, 12:58 pm
Pelajar UiTM maut ketika sertai cabaran ketahanan, lapan lagi tidak sedarkan diri
September 6, 2026, 10:11 am
