TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Semua sekolah di Labuan beroperasi seperti biasa

By
|
Kongsi
image

LABUAN 6 SEPTEMBER – Semua 27 sekolah melibatkan hampir 20,000 pelajar terdiri 17 sekolah rendah dan 10 sekolah menengah di Labuan akan beroperasi seperti biasa, pada Isnin, meskipun keadaan masih berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 158.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan, Yahya Ahmad Puteh berkata, kesemua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid dihentikan, mengikut ketetapan Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk aktiviti pendidikan jasmani, sukan, kokurikulum, perhimpunan atau apa-apa aktiviti yang menyebabkan murid terdedah kepada udara luar.

“Kepada ibu bapa, jangan panik. Dapatkan maklumat daripada sumber rasmi seperti Jabatan Penerangan, RTM dan Jabatan Pendidikan Labuan bagi mengetahui perkembangan serta kualiti udara semasa.

“Setakat ini, alhamdulillah, kualiti udara di Labuan masih terkawal walaupun bacaannya berada pada tahap tidak sihat. Namun, kita tetap mengambil langkah berjaga-jaga,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas berkongsi Persediaan Persekolahan semasa Jerebu menerusi rancangan Bicara Eksklusif di LabuanFM di sini.

Dalam pada itu, ibu bapa juga perlu memastikan kesihatan anak-anak dalam keadaan yang baik dan dapatkan rawatan yang sepatutnya sebelum ke sekolah.

Bagaimnaapun sekiranya bacaan IPU meningkat melebihi 200, tindakan berkaitan penutupan sekolah boleh dilaksanakan berdasarkan keadaan setempat, pemantauan dan nasihat pihak Jabatan Pendidikan serta ketetapan semasa KPM.

+ - reset