TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Malaysia mungkin terkesan dari letusan gunung anak Krakatau?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 6 SEPTEMBER -  Kebangkitan semula gunung berapi aktif Anak Krakatau di Selat Sunda, Indonesia sepanjang baki tahun 2026 ini mula mencetuskan kebimbangan ramai. 

Aktiviti gunung berapi yang kian meningkat itu memunculkan spekulasi serta peringatan awal bahawa Malaysia mungkin tidak terlepas daripada menerima impak, terutamanya risiko gegaran gempa bumi serta gelombang tsunami yang boleh merentasi pesisiran pantai negara.

Sejarah hitam kepulauan tersebut bukanlah sesuatu yang asing dalam rekod bencana serantau. 

Anak Krakatau merupakan gunung berapi yang lahir daripada sisa letupan dahsyat induknya, Gunung Krakatau, pada Ogos 1883. 

Peristiwa tragis itu dicatatkan sebagai letusan gunung berapi paling mematikan dan teruk dalam sejarah manusia moden, yang mana hampir dua pertiga daripada struktur asal kepulauan tersebut lenyap sekelip mata akibat kesan letupan yang luar biasa.

Dahsyatnya impak letupan pada 1883 itu turut meninggalkan kenangan sejarah di Tanah Melayu. 

Rekod dan catatan saksi era berkenaan mendedahkan bahawa dentuman gelombang bunyi letupan Krakatau yang membingitkan telinga pernah kedengaran sehingga ke Hulu Selangor dan Perak, malah dentuman sama dilaporkan turut menggegar benua Australia yang terletak ribuan kilometer jauhnya.

Kini, melangkah ke penghujung 2026, 'kelahiran dan pembesaran' Anak Krakatau yang semakin agresif seolah-olah mengisyaratkan bahawa raksasa semula jadi itu sedang bangkit semula dari lenanya.

+ - reset