Berita Berita
AS campur tangan politik Malaysia? Aiman Athirah desak Abdul Hadi disiasat segera
KUALA LUMPUR, 6 Sept - Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam menentukan calon Perdana Menteri Malaysia perlu dipandang serius dan disiasat segera kerana menyentuh soal keselamatan serta kedaulatan negara.
Ketua Wanita Pakatan Harapan (PH), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang bersama dua pemimpin kanan parti itu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar wajar disiasat susulan dakwaan berkenaan.
Beliau yang juga Ketua Wanita Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, dakwaan yang dibangkitkan Abdul Hadi itu amat serius kerana turut membabitkan integriti proses demokrasi negara.
Menurutnya, Abdul Hadi juga sepatutnya melaporkan perkara berkenaan kepada pihak berkuasa sekiranya benar berlaku cubaan campur tangan asing, bukannya mendedahkannya ketika Muktamar Pas ke-72 di Kota Bharu pada Sabtu.
“Jika benar wujud cubaan campur tangan asing untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia, ia bukan bahan untuk dibanggakan di pentas politik. Ia adalah perkara yang sepatutnya dilaporkan kepada pihak berkuasa kerana menyentuh keselamatan dan kedaulatan negara.
“Dakwaan Haji Hadi adalah sesuatu yang sangat serius dan Haji Hadi serta beberapa nama yang disebutkan olehnya wajib segera disiasat. Adakah keselamatan dan kedaulatan negara suatu yang Pas boleh dan telah dikompromikan selama ini? ” soalnya dalam satu kenyataan pada Ahad.
Pada Sabtu, Abdul Hadi mendakwa seorang wakil Kedutaan AS pernah bertanya kepadanya mengenai calon Perdana Menteri yang akan diketengahkan Pas.
Beliau mendakwa pertemuan itu berlaku ketika Pas masih menjadi sebahagian daripada gabungan Pakatan Rakyat, sekitar waktu lawatan Presiden AS ketika itu, Barack Obama ke Malaysia.
Bagaimanapun, Kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan pernah cuba menentukan kepemimpinan politik Malaysia dan menyifatkan dakwaan sebaliknya sebagai palsu.
Dalam kenyataan, Kuasa Usaha Sementara Kedutaan AS, David H Gamble Jr menegaskan AS tidak pernah berusaha untuk menentukan siapa yang memimpin Malaysia.
Mengulas perkara itu, Aiman Athirah berkata, penjelasan yang perlu dibuat Kedutaan AS berhubung dakwaan campur tangan politik terbabit juga mencetuskan rasa malu kepada Malaysia di peringkat antarabangsa.
Ujarnya, politik negara tidak seharusnya dibina berasaskan teori konspirasi, persepsi atau tuduhan yang tidak disertakan bukti kukuh.
“Belum pun reda semangat sambutan Merdeka, rakyat Malaysia dikejutkan dengan satu dakwaan serius yang melibatkan kuasa asing dan politik dalaman negara.
“Dakwaan seperti ini bukan perkara kecil kerana ia menyentuh soal kedaulatan negara, integriti proses demokrasi dan maruah politik Malaysia,” katanya.
Berita berkaitan
September 6, 2026, 9:48 pm
Kebakaran hutan 17 hektar di Pengerang dipadamkan
September 6, 2026, 9:35 pm
Polis tahan wanita marah, tarik rambut, goncang kepala budak di taska di Kuantan
September 6, 2026, 7:56 pm
KPM jamin tiada SJKT akan ditutup di bawah Kerajaan MADANI - Fadhlina
September 6, 2026, 6:01 pm
Semua sekolah di Labuan beroperasi seperti biasa
September 6, 2026, 6:00 pm
Malaysia mungkin terkesan dari letusan gunung anak Krakatau?
September 6, 2026, 5:53 pm
'Di luar bidang kuasa Imigresen' - Rohingya ada kad UNCHR, tak sama macam PATI
September 6, 2026, 3:27 pm
PM nafi siasatan ke atas pemimpin politik disebabkan dendam
September 6, 2026, 3:23 pm
