Berita Berita
UMNO tak jemput PH ke PAU 2026, Zahid Hamidi jelaskan jemputan untuk Pas
KUALA LUMPUR 7 Sept – UMNO tidak menjemput kepemimpinan Pakatan Harapan (PH) ke Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 yang akan berlangsung dari 9 hingga 12 September ini.
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, jemputan kepada kepemimpinan Pas pula dibuat sebagai membalas undangan parti itu ke Muktamar Pas Ke-72 di Kota Bharu, Kelantan, hujung minggu lalu.
“Ada ubi, ada bataslah. Jika mereka (Pas) jemput kita, kita jemput mereka lah,” katanya kepada Utusan Malaysia.
Sebelum ini, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan keputusan menjemput kepemimpinan tertinggi Pas ke PAU kali ini dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid berkata, PAU 2026 tidak akan membuat sebarang keputusan mengenai kerjasama dengan mana-mana gabungan politik, termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).
Beliau berkata, perbincangan yang bakal berlangsung lebih tertumpu kepada kesan dan mudarat terhadap UMNO serta Barisan Nasional (BN) sekiranya sesuatu kerjasama politik dibentuk.
“Masyarakat menginginkan orang Melayu menghubungkan perpaduan Melayu. Bukan hanya kepada UMNO tetapi kepada parti-parti Melayu.
“Saya tidak mahu menghubungkan parti-parti Melayu tetapi pada keseluruhannya orang Melayu mahu supaya penyatuan Melayu direalisasikan semua,” katanya.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 4:35 pm
Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis berhubung dakwaan campur tangan AS
September 7, 2026, 4:26 pm
Ketua Penolong Pengarah RTM dipenjara enam bulan dan didenda RM10,000 atas pertuduhan rasuah
September 7, 2026, 4:19 pm
Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi
September 7, 2026, 3:51 pm
Lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dipercayai kerana cemburu ditahan di Gong Badak
September 7, 2026, 2:30 pm
Operasi SAR enam pendaki hilang di Trans GBB ditumpukan di laluan Perak
September 7, 2026, 2:18 pm
Kos sara hidup meningkat dorong golongan muda tangguh kahwin dan zuriat
September 7, 2026, 1:49 pm
Bekas Pengarah Besar FELDA direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa dan penjualan tanah
September 7, 2026, 1:48 pm
