Berita Berita
Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis berhubung dakwaan campur tangan AS
SHAH ALAM, 7 September – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung kenyataannya mengenai mendakwa wujud campur tangan Amerika Syarikat (AS) dalam politik tanah air sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Setiausaha Politik kepada Presiden PAS, Mohd Syahir Che Sulaiman mengesahkan bahawa pihak Bukit Aman telah menghubungi mereka susulan beberapa laporan polis yang dibuat berhubung dakwaan berkenaan.
Beliau memaklumkan bahawa tarikh dan masa bagi sesi pengambilan keterangan membabitkan Ahli Parlimen Marang itu akan ditetapkan oleh pihak polis dalam masa terdekat.
Langkah berkenaan menyusul selepas tiga laporan polis dibuat secara berasingan oleh kepimpinan PKR Cabang Bandar Tun Razak di Balai Polis Cheras pada Ahad.
Sebelum ini, Abdul Hadi menerusi ucapannya pada Muktamar Tahunan PAS mendakwa terdapat wakil Kedutaan AS yang menawarkan bantuan kepada parti itu untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum PRU14.
Beliau turut mendakwa wujud pertemuan rasmi dengan duta AS yang bertanyakan calon Perdana Menteri pilihan PAS sekiranya berlaku perubahan tampuk pemerintahan negara ketika itu.
Walau bagaimanapun, Kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan secara tegas sebarang dakwaan berkenaan dan menegaskan bahawa pihak Washington tidak pernah cuba menentukan atau mencampuri urusan kepimpinan politik di Malaysia.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 4:26 pm
Ketua Penolong Pengarah RTM dipenjara enam bulan dan didenda RM10,000 atas pertuduhan rasuah
September 7, 2026, 4:19 pm
Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi
September 7, 2026, 3:51 pm
Lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dipercayai kerana cemburu ditahan di Gong Badak
September 7, 2026, 3:00 pm
UMNO tak jemput PH ke PAU 2026, Zahid Hamidi jelaskan jemputan untuk Pas
September 7, 2026, 2:30 pm
Operasi SAR enam pendaki hilang di Trans GBB ditumpukan di laluan Perak
September 7, 2026, 2:18 pm
Kos sara hidup meningkat dorong golongan muda tangguh kahwin dan zuriat
September 7, 2026, 1:49 pm
Bekas Pengarah Besar FELDA direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa dan penjualan tanah
September 7, 2026, 1:48 pm
