Berita Berita
Lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dipercayai kerana cemburu ditahan di Gong Badak
KUALA TERENGGANU 7 Sept – Cemburu dipercayai menjadi punca seorang lelaki bertindak memukul dan mengurung isterinya bersama empat anak mereka di sebuah rumah di Desa Mutiara, Jalan Gong Badak, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd Noor berkata, kejadian terbongkar selepas wanita berkenaan menghubungi polis bagi mendapatkan bantuan kerana mendakwa didera dan dikurung suaminya.
Susulan panggilan itu, sepasukan anggota dari Balai Polis Gong Badak bergegas ke rumah berkenaan sebelum mendapati semua pintu rumah dikunci menggunakan mangga.
“Sebaik tiba, anggota polis mendapati wanita itu berada dalam rumah bersama empat anak lelakinya, manakala semua pintu rumah dikunci menggunakan mangga.
“Polis kemudian memperkenalkan diri sebelum mangsa memaklumkan dia dipukul oleh suaminya dan dikurung dalam rumah.
“Mangsa turut meminta bantuan polis untuk membuka pintu rumah sebelum anggota bertindak memotong mangga bagi membolehkan mereka keluar,” katanya.
Azli berkata, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami kecederaan pada mata kanan selain mengadu sakit di kepala dan lutut kiri.
Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai dipukul suspek kerana cemburu.
Suspek berusia 36 tahun itu kemudian menyerah diri di Balai Polis Gong Badak kira-kira jam 3 petang semalam sebelum ditahan untuk membantu siasatan.
“Semakan mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dan jenayah dan siasatan awal mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes yang sedang disiasat,” katanya.
Suspek direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 326A Kanun Keseksaan.
Sumber: Harian Metro
Berita berkaitan
September 7, 2026, 4:35 pm
Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis berhubung dakwaan campur tangan AS
September 7, 2026, 4:26 pm
Ketua Penolong Pengarah RTM dipenjara enam bulan dan didenda RM10,000 atas pertuduhan rasuah
September 7, 2026, 4:19 pm
Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi
September 7, 2026, 3:00 pm
UMNO tak jemput PH ke PAU 2026, Zahid Hamidi jelaskan jemputan untuk Pas
September 7, 2026, 2:30 pm
Operasi SAR enam pendaki hilang di Trans GBB ditumpukan di laluan Perak
September 7, 2026, 2:18 pm
Kos sara hidup meningkat dorong golongan muda tangguh kahwin dan zuriat
September 7, 2026, 1:49 pm
Bekas Pengarah Besar FELDA direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa dan penjualan tanah
September 7, 2026, 1:48 pm
