Berita Berita
Ketua Penolong Pengarah RTM dipenjara enam bulan dan didenda RM10,000 atas pertuduhan rasuah
SHAH ALAM, 7 September – Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara enam bulan terhadap seorang Ketua Penolong Pengarah Radio Televisyen Malaysia (RTM) selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan rasuah bernilai RM28,000.
Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin membuat keputusan itu ke atas tertuduh, Suhaila Md. Zaini selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.
Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dipenjara tambahan enam bulan bagi setiap pertuduhan sekiranya dia gagal menjelaskan bayaran denda berkenaan.
Walau bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi dengan menetapkan wang jaminan dinaikkan kepada RM10,000.
Dalam penghakimannya, Mohd. Nasir menolak pembelaan tertuduh yang mendakwa wang RM10,000 tersebut adalah pinjaman kerana bayaran balik hanya dibuat selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula pada Oktober 2019.
Beliau menambah bahawa tindakan tertuduh menggunakan akaun pihak ketiga bagi transaksi berkenaan jelas menunjukkan wujudnya percubaan untuk menyembunyikan kesalahan terbabit
Mahkamah turut menolak hujah pembelaan berhubung penerimaan wang tunai RM18,000 yang didakwa untuk perbelanjaan program RTM memandangkan tiada sebarang rekod bayaran menerusi saluran rasmi agensi berkenaan.
Mengikut pertuduhan, Suhaila yang bertugas di Unit Bicarawara, Seksyen Ehwal Semasa RTM didakwa menerima RM10,000 daripada sebuah syarikat dan RM18,000 daripada seorang individu tanpa balasan antara 17 April hingga 9 Julai 2019
Kes yang dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Asmaa’ Zamri itu disiasat di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 4:35 pm
Abdul Hadi sedia beri kerjasama kepada polis berhubung dakwaan campur tangan AS
September 7, 2026, 4:19 pm
Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi
September 7, 2026, 3:51 pm
Lelaki pukul, kurung isteri bersama empat anak dipercayai kerana cemburu ditahan di Gong Badak
September 7, 2026, 3:00 pm
UMNO tak jemput PH ke PAU 2026, Zahid Hamidi jelaskan jemputan untuk Pas
September 7, 2026, 2:30 pm
Operasi SAR enam pendaki hilang di Trans GBB ditumpukan di laluan Perak
September 7, 2026, 2:18 pm
Kos sara hidup meningkat dorong golongan muda tangguh kahwin dan zuriat
September 7, 2026, 1:49 pm
Bekas Pengarah Besar FELDA direman lima hari bantu siasatan salah guna kuasa dan penjualan tanah
September 7, 2026, 1:48 pm
