TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ab Rauf beri bayangan pembubaran DUN Melaka dalam tempoh dua minggu lagi

By
|
Kongsi
image

MELAKA, 7 September – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh memberi bayangan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka mungkin dibubarkan menjelang akhir bulan ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri memaklumkan perkara berkenaan secara terbuka dengan menyatakan bahawa tempoh pembubaran DUN kini hanya berbaki 'dua kali Jumaat' sahaja lagi.

Kenyataan berkenaan disampaikan oleh beliau ketika berucap pada program Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat dan sesi ramah mesra bersama penduduk Kampung Bertam Ulu di DUN Sungai Udang.

Sesi berkenaan turut dihadiri oleh EXCO Kanan Negeri merangkap Penyelaras Pembangunan DUN Sungai Udang, Datuk Rais Yasin.

Bayangan pembubaran berkenaan menyusul selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa pihak kepimpinan negeri mempercepatkan proses pembubaran DUN tanpa penangguhan yang lama.

Ahmad Zahid menegaskan bahawa langkah berkenaan penting bagi memberikan ruang dan mandat semula kepada rakyat, khususnya golongan muda untuk menentukan hala tuju serta masa depan pentadbiran Melaka.

+ - reset