TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi empat bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan diri di taska di Dungun

By
|
Kongsi
image

 

DUNGUN 7 Sept - Kegembiraan sebuah keluarga bertukar tragedi apabila bayi perempuan berusia empat bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di Bandar Al Muktafi Billah Shah, di sini, hari ini.

Bayi berkenaan dipercayai tidak sedarkan diri selepas tertidur sejurus diberikan susu pada kira-kira pukul 10 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintenden Nik Ab. Halim Nik Mat berkata, bayi terbabit dikejarkan ke Klinik Kesihatan Durian Mas sebelum dirujuk ke Hospital Dungun untuk rawatan lanjut.

“Mangsa diberikan bantuan pernafasan namun disahkan meninggal dunia pada pukul 12.45 tengah hari tadi.

“Pemeriksaan awal tidak menemukan sebarang kecederaan fizikal pada tubuh mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Ab. Halim berkata, berdasarkan laporan awal, bayi perempuan itu berada dalam keadaan sihat ketika dihantar ibunya ke taska berkenaan pada pukul 8 pagi.

Menurutnya, bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca kematian mangsa.

“Dua pengasuh bertugas akan dipanggil untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

+ - reset