TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga asing rosakkan 'kotak TNB', sidai baju hingga timbul bau busuk kawasan perumahan

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 SEPTEMBER – Sikap segelintir warga asing yang didakwa tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan awam serta mengabaikan kebersihan persekitaran terus mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk tempatan.

Isu berkenaan menjadi tular selepas satu hantaran video dimuat naik oleh Fhairul Fizzy yang meluahkan kekecewaannya berhubung tindakan golongan berkenaan di kawasan kediamannya.

Menurut pemilik akaun berkenaan, satu demi satu kerosakan pada harta benda awam berlaku dipercayai akibat perbuatan kelompok warga asing yang dirujuknya sebagai etnik Rohingya. 
Beliau turut menyuarakan rasa berang terhadap sikap sesetengah daripada mereka yang membelakangkan aspek kebersihan persekitaran.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuklah tindakan menyidai pakaian basah di kawasan terbuka dan fasiliti awam sehingga menimbulkan bau tidak menyenangkan serta mencemarkan pemandangan. 

Keadaan itu secara tidak langsung mengganggu keselesaan penduduk berhampiran yang terpaksa berdepan dengan suasana kurang menyenangkan saban hari.

Hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya menyokong luahan berkenaan serta menggesa pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan mengambil tindakan tegas. 

Penduduk berharap pemantauan berkala dapat dijalankan bagi memastikan kemudahan awam dipelihara dan keharmonian kawasan perumahan sentiasa terjamin.

+ - reset