TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Pekerja kedai 'sembelih' ayam hidup belakang kedai buat orang ramai jijik

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 8 SEPTEMBER - Niat seorang individu untuk mencuci kenderaan bertukar menjadi pengalaman meloyakan selepas menyaksikan tindakan tidak bertanggungjawab pengendali sebuah kedai makan yang menyembelih ayam hidup di kawasan terbuka berhampiran tempat awam.

Kejadian yang tular menerusi perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai yayamswr itu dirakam ketika beliau sedang beratur untuk masuk ke pusat mencuci kereta. 
Melalui rakaman berkenaan, beberapa orang pekerja dilihat menghambat seekor ayam yang masih hidup sebelum bertindak mematikannya terus di kawasan luar premis berkenaan tanpa mengendahkan aspek kebersihan asas.

Perkongsian tersebut mencetuskan rasa berang dan jijik dalam kalangan netizen. 

Sungguhpun premis terbabit dipercayai berstatus bukan halal, orang awam menegaskan bahawa aspek kebersihan dan kebersihan makanan adalah teras penting yang wajib dipatuhi oleh mana-mana kedai makan tanpa sebarang kompromi.

Tindakan menyembelih dan memproses haiwan di kawasan terbuka bukan sahaja menyalahi standard kebersihan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan, malah berisiko tinggi mengundang pencemaran silang, bau busuk dan pembiakan bakteria bahaya.

 

+ - reset