TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Staf 'airport' campak air zam-zam di India

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 7 SEPTEMBER - Satu rakaman video yang menunjukkan sikap cuai pekerja pengendali bagasi syarikat penerbangan Air India tular dan mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengguna.

Menerusi rakaman berkenaan, beberapa pekerja dilihat mengendalikan barangan penumpang dengan kasar semasa proses memunggah keluar bagasi dari pesawat di India. 

Beberapa kotak yang mengandungi air Zamzam kelihatan dicampak dengan daya yang agak kuat ke atas tali sawat pengangkut (conveyor belt), sekali gus berisiko merosakkan pembungkusan mahupun memecahkan kandungan di dalamnya.

Bagi pengendali bagasi, barangan berkenaan mungkin sekadar kotak biasa yang perlu dipindahkan dengan cepat. 

Namun bagi para penumpang terutamanya mereka yang telah membayar caj tambahan bagi perkhidmatan pengangkutan tersebut, ia merupakan barangan peribadi bernilai yang sepatutnya dikendalikan dengan cermat.

Isu ini bukan sekadar mengenai nilai keagamaan yang ada pada air Zamzam, sebaliknya melibatkan etika kerja dan profesionalisme dasar pengurusan bagasi.

+ - reset