Berita Viral
'Normal day in Klang', lelaki tumbuk pemandu lori di tengah jalan raya
KLANG 7 SEPTEMBER – Sebuah rakaman video memaparkan insiden pergaduhan yang berlaku di tengah jalan raya di sekitar Klang tular di media sosial.
Video berdurasi 41 saat yang dimuat naik dengan kapsyen ringkas "Normal day in klang…" itu merakamkan detik tegang melibatkan seorang lelaki yang memanjat bahagian tepi pintu pemandu sebuah lori putih jenis Isuzu.
Berdasarkan video berkenaan, lelaki terbabit dilihat bertindak agresif dengan melepaskan beberapa tumbukan ke arah pemandu yang berada di dalam kabin lori berkenaan.
Pertengkaran dan pergelutan fizikal itu berlanjutan buat beberapa ketika di hadapan pengguna jalan raya lain.
Meskipun lalu lintas di laluan bertentangan kelihatan bergerak seperti biasa, insiden berkenaan telah menyebabkan gangguan serta menimbulkan keresahan kepada pemandu yang melalui kawasan tersebut.
Berita berkaitan
September 7, 2026, 6:02 pm
Staf 'airport' campak air zam-zam di India
September 7, 2026, 4:43 pm
Pemandu e-hailing berang pelancong asing tipu nak bayar RM50 untuk pulang kamera tertinggal dalam kereta
September 7, 2026, 3:38 pm
'Saya tumpang kona sahaja', tuan rumah berang pemandu buat 'u turn' depan rumah di Sungai Petani
September 7, 2026, 12:18 pm
Tindakan peserta konvoi motosikal suruh perlahankan kereta terima kecaman ramai di Melaka
September 7, 2026, 11:59 am
Warga asing didakwa tetapkan syarat penggunaan padang bola
September 7, 2026, 11:09 am
Warga asing 'lepak' dekat padang, siap bakar sampah waktu jerebu di Bangi
September 6, 2026, 10:03 pm
Pemandu terkejut 'rider' pecut laju lepas langgar kereta
September 6, 2026, 3:37 pm
