TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Warga Indonesia 'sound' rakyat Malaysia lepas cari kawan langgar lari kereta di Bangi

By
|
Kongsi
image

BANGI 8 SEPTEMBER – Satu hantaran di media sosial tular selepas seorang lelaki menjadi mangsa kejadian langgar lari membabitkan sebuah kenderaan yang dipandu oleh warga Indonesia di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Almyza, insiden berkenaan telah menyebabkan kenderaan milik mangsa mengalami kesan calar.

Lebih memburukkan keadaan, pemandu yang dipercayai warga asing bertindak melarikan diri dari lokasi kejadian sejurus selepas rempuhan berlaku.

Kejadian itu turut mencetuskan pertikaman lidah apabila seorang pekerja di sebuah premis berhampiran didakwa cuba mempertahankan suspek. 

Pekerja berkenaan dikatakan bertindak menegur serta menepis dakwaan terhadap pemandu terbabit atas alasan individu yang melanggar kenderaan mangsa merupakan rakannya.

Ekoran tindakan melarikan diri dan sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan, pihak mangsa tampil memohon bantuan serta keprihatinan orang ramai untuk menularkan video kejadian berkenaan menerusi akaun @awie.mbr. 

Langkah itu diambil bagi meraih keadilan sekali gus mengesan pemandu terbabit untuk tindakan selanjutnya.

+ - reset