TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Tular video aniaya budak dengan bantal di Taksa Kuantan

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 8 SEPTEMBER – Tular satu hantaran di media sosial membabitkan dakwaan kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) yang terletak di Kuantan.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Faizzforzaaa, penderitaan yang dialami oleh anaknya terbongkar selepas menerima rakaman video terbaharu mengenai kejadian berkenaan.

Ibu bapa terbabit menzahirkan rasa kesal dan marah apabila mendapati bahagian kepala anak-anak kecil dijadikan sasaran fizikal oleh pengasuh di premis berkenaan. 

Tindakan tersebut disifatkan amat melampau seolah-olah kepala bayi dan kanak-kanak dijadikan barang mainan.

Lebih mengecewakan, individu atau guru yang terlibat sebelum ini pernah merayu sambil menangis kepada ibu bapa agar diberi peluang kedua untuk terus berkhidmat dan menjaga anak-anak di taska tersebut. 

Pengadu turut memberi peringatan mesra tetapi tegas kepada pihak pengurusan taska, khususnya individu yang dinamakan sebagai 'Ticer Yati', suaminya, serta 'Cikgu Ida' agar bersiap sedia kerana laporan polis baharu akan dibuat susulan penemuan bukti terkini itu.

Dalam hantaran yang sama, pengguna berkenaan memuat naik rakaman menunjukkan anaknya menangis teresak-esak akibat perlakukan kasar yang dipercayai seperti dicubit dengan kuat.

Langkah memuat naik kejadian itu di platform media sosial diambil supaya seluruh masyarakat maklum akan kejadian sebenar yang berlaku di Taska Asas Kreatif Kuantan, sekali gus menuntut keadilan serta tindakan tegas daripada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan anak-anak lain.

+ - reset