TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

Mabuk kacau rakyat tempatan, warga asing kena denda 'ketuk ketampi'

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER – Padah melakukan gangguan terhadap penduduk tempatan akibat berada di bawah pengaruh alkohol. 

Seorang warga asing menerima pengajaran serta-merta apabila diarahkan melakukan denda 'ketuk ketampi' oleh sekumpulan lelaki tempatan.

Aksi membabitkan individu berkenaan dirakam sebelum dimuat naik oleh, Fhairul Fizzy, yang memaparkan warga asing itu patuh mengikut arahan melakukan senaman sebagai hukuman di atas tindakannya mengganggu ketenteraman awam.

Menerusi hantaran video tular itu, pemilik akaun berkenaan turut menulis kapsyen ringkas memberi peringatan tegas bahawa tindakan mabuk sehingga mengganggu warga tempatan akan menerima balasan setimpal.

Rakaman berdurasi 30 saat itu menarik perhatian ramai pengguna media sosial yang menyokong tindakan warga tempatan memberi pengajaran tanpa melibatkan sebarang insiden keganasan.

Setakat ini, lokasi sebenar kejadian serta identiti warga asing berkenaan masih belum dipastikan, namun penularan video itu terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan orang ramai.

+ - reset