Berita Viral
Warga asing ugut, calarkan kereta rakyat tempatan berhampiran TRX
KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER – Suasana di sebuah kawasan tempat letak kereta berhampiran The Exchange TRX bertukar cemas apabila seorang lelaki yang disyaki berada di bawah pengaruh bahan terlarang bertindak agresif dengan mengugut serta merosakkan beberapa buah kenderaan orang awam.
Kejadian yang berlaku secara tiba-tiba itu tular di media sosial selepas dikongsikan oleh Aenashafikahh, yang meluahkan rasa terkejut dan bimbang dengan keselamatan pengunjung di kawasan berkenaan.
Menurut perkongsian wanita berkenaan, individu terbabit secara tiba-tiba menjerit dan memaksa rakan beliau keluar dari kenderaan yang dinaikinya.
Situasi bertambah cemas apabila suspek dilihat memegang objek tajam sebelum bertindak mencalarkan kereta milik rakannya serta beberapa kenderaan lain yang diletakkan berhampiran.
Perbuatan melampau suspek mencetuskan ketakutan dalam kalangan pemandu, terutamanya golongan wanita yang bimbang akan keselamatan diri jika berdepan dengan situasi tidak terjangka sedemikian.
Ekoran insiden berbahaya itu, mangsa telah membuat laporan polis bagi mengelakkan kejadian serupa berulang serta memastikan suspek dapat ditangkap sebelum bertindak lebih ganas.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 1:50 pm
‘Rumah dia yang ada setan’, wanita marah dituduh buat bising, pintu rumah ditendang jiran
September 9, 2026, 10:54 am
'Cucu derhaka', lelaki baling makanan masakan nenek dikecam ramai
September 9, 2026, 9:35 am
Mabuk kacau rakyat tempatan, warga asing kena denda 'ketuk ketampi'
September 8, 2026, 3:06 pm
Pekerja kedai 'sembelih' ayam hidup belakang kedai buat orang ramai jijik
September 8, 2026, 2:54 pm
Tular video aniaya budak dengan bantal di Taksa Kuantan
September 8, 2026, 12:34 pm
Warga Indonesia 'sound' rakyat Malaysia lepas cari kawan langgar lari kereta di Bangi
September 8, 2026, 12:03 pm
Tular 'bahan tambahan hidup' dalam makanan di restoran Korea Ampang Point
September 8, 2026, 11:19 am
Warga asing rosakkan 'kotak TNB', sidai baju hingga timbul bau busuk kawasan perumahan
September 8, 2026, 10:15 am
