TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Cucu derhaka', lelaki baling makanan masakan nenek dikecam ramai

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER – Perbuatan biadap seorang lelaki yang bukan sahaja memperlekehkan masakan neneknya, malah tergamak membaling makanan tersebut mencetuskan kemarahan orang ramai sehingga dilabel sebagai ‘cucu derhaka’.

Tindakan tidak bertanggungjawab itu tular di media sosial menerusi satu rakaman video yang memaparkan lelaki berkenaan menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap hidangan yang disediakan oleh warga emas itu. 

Tanpa sebarang rasa hormat, dia bertindak kasar dengan melempar makanan tersebut ke lantai sambil menghamburkan kata-kata hinaan yang menyayat hati.

Perlakuan biadap itu terus menerima kecaman hebat daripada pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan memperlekehkan air tangan seorang nenek serta meremehkan rezeki sebagai tindakan melampaui batas. 

Rata-rata orang ramai meluahkan rasa berang dan menyifatkan individu terbabit tidak bersyukur serta bakal berdepan kesempitan rezeki akibat sikap derhaka dan tidak menghormati neneknya itu.

Selain menyelar tindakan biadap itu, netizen turut memuat naik pelbagai komen pedas dan memberi peringatan bahawa rezeki yang ada boleh ditarik bila-bila masa jika seseorang itu tidak menghargai pemberian dan pengorbanan ahli keluarga.

+ - reset