Berita Viral
‘Rumah dia yang ada setan’, wanita marah dituduh buat bising, pintu rumah ditendang jiran
KUALA LUMPUR 9 SEPTEMBER – Tindakan biadab seorang jiran yang bertindak agresif dengan menyepak pintu serta mengganggu ketenteraman penghuni lain mencetuskan kemarahan seorang penduduk di kondominium Sfera Residence.
Menerusi satu perkongsian tular oleh, Araazmin, dia meluahkan rasa berang apabila dituduh membuat bising dan berlari-lari ketika tidur, sedangkan dakwaan tersebut langsung tidak berasas.
"Jiran dari neraka, orang tidur dia adu dekat pihak pengurusan cakap orang main lari-lari. Rumah dia yang ada setan, lepas itu dia sepak pula pintu rumah aku. Memang nak kena panggil polis, pihak pengurusan pun macam iya kan sahaja si setan ini," luahnya.
Lebih mengecewakan, individu berkenaan turut mendakwa pihak pengurusan perumahan tersebut seperti berpihak kepada jiran bermasalah itu tanpa menyiasat hal sebenar.
"Patutlah Sfera ini tidak ramai penghuni sebab benda-benda macam ini. Dah tahu tidak boleh hidup berjiran, belilah rumah bawah. Paling-paling pun yang cakar atap rumah dia itu hantu raya," katanya lagi.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai insiden berkenaan, Araazmin memberitahu bahawa jiran tersebut dipercayai mendapat laluan khas daripada pihak keselamatan untuk naik ke tingkat rumahnya.
"Penyelia keselamatan yang bagi dia naik, dia tidak ada kad akses untuk naik tingkat lain pun. Memang minta kena laporan polis sebab ambil selipar orang dari dalam dan campak sampai dekat luar," jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berkongsi pengalaman berdepan situasi jiran misteri dan memberikan cadangan dari sudut keselamatan serta undang-undang.
Pengguna akaun mrtan_33 menasihatkan agar mangsa memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa jika pihak pengurusan gagal bertindak.
"Lebih baik pasang CCTV. Tapi kalau nak pasang CCTV depan rumah sendiri kena isi borang dekat pengurusan. CCTV dah pasang ada bukti. Dia nak buat apa nak ceroboh dah itu siap sepak pintu rumah. Kalau pengurusan itu lain macam, buat laporan ke majlis perbandaran atau KPKT sebab rumah bawah undang-undang strata," komennya.
Sementara itu, terdapat juga pandangan yang mengaitkan gangguan bunyi berkenaan dengan unsur mistik dan gangguan halus.
"Selalu kalau kita dengar rumah bawah atau atas bunyi kuat macam berlari atau ketuk-ketuk, itu bermakna rumah kita sendiri bermasalah ada jin. Macam rumah saya atas tidak ada orang tapi dengar bunyi orang berlari, bunyi orang main lato-lato. Dah bawa berubat alhamdulillah tidak ada dah bunyi," kongsi areleaf_92.
Perkara sama turut diakui oleh miss_magdeline yang merupakan penduduk di kediaman berkenaan, "Duduk Sfera juga, selalu sahaja dengar orang lari-lari, alih perabot malam-malam jam 1 hingga 2 pagi dan bunyi katil."
Selain itu, pengguna munif_isa menceritakan pengalaman hampir serupa yang pernah dilaluinya sebelum ini sehingga mengesahkan gangguan itu bukannya datang daripada jiran tetangga.
"Pernah ada jiran macam ini. Dia mengamuk dua tiga hari kata malam-malam tidak boleh tidur sebab dengar rumah kami ada yang berlari pukul 2-3 pagi. Pastu dia kata kami memekak, tapi masalahnya kat rumah kami masa itu ada mak ayah dan kami dua beradik dah besar. Sekali tepek kata rumah dia itu yang mengusik, terus senyap dia sampai sekarang tidak bertegur," katanya.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 6:16 pm
Warga asing ugut, calarkan kereta rakyat tempatan berhampiran TRX
September 9, 2026, 10:54 am
'Cucu derhaka', lelaki baling makanan masakan nenek dikecam ramai
September 9, 2026, 9:35 am
Mabuk kacau rakyat tempatan, warga asing kena denda 'ketuk ketampi'
September 8, 2026, 3:06 pm
Pekerja kedai 'sembelih' ayam hidup belakang kedai buat orang ramai jijik
September 8, 2026, 2:54 pm
Tular video aniaya budak dengan bantal di Taksa Kuantan
September 8, 2026, 12:34 pm
Warga Indonesia 'sound' rakyat Malaysia lepas cari kawan langgar lari kereta di Bangi
September 8, 2026, 12:03 pm
Tular 'bahan tambahan hidup' dalam makanan di restoran Korea Ampang Point
September 8, 2026, 11:19 am
Warga asing rosakkan 'kotak TNB', sidai baju hingga timbul bau busuk kawasan perumahan
September 8, 2026, 10:15 am
