TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Empat maut Proton Saga bertembung lori di Jalan Telupid-Sandakan

By
|
Kongsi
image

TELUPID, 9 September – Empat individu maut selepas kereta jenis Proton Saga yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Telupid-Sandakan pada jam 7.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Beluran, Nur Azlan Shah Jamaluddin memaklumkan bahawa sepasukan tujuh anggota telah digagaskan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 93 kilometer dari balai sebaik menerima panggilan kecemasan.

Kesemua mangsa yang berada di dalam kenderaan Proton Saga terbabit berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan bantuan pihak polis serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan kesemua penumpang dan pemandu kereta berkenaan meninggal dunia di lokasi insiden.

Sementara itu, pemandu lori terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan telah dihantar ke Klinik Kesihatan Telupid bagi menerima rawatan susulan.

Masalah ketiadaan liputan perkhidmatan telekomunikasi di lokasi kemalangan menyulitkan proses pengumpulan maklumat diri kesemua mangsa yang terkorban.

Mayat kesemua mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut manakala operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya selepas kawasan berkenaan disahkan selamat.

+ - reset