TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Balu mangsa kebakaran terharu terima pencen FOT Perkeso RM920 sebulan

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU, 9 September – Balu kepada Allahyarham Amirul Fahmi Wan Jusoh yang terkorban dalam insiden kebakaran akhir bulan lalu meluahkan rasa terharu selepas layak menerima pencen Faedah Orang Tanggungan (FOT) daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nur Izzah Ahmad, 37, menzahirkan rasa syukur atas bantuan pencen bulanan sebanyak RM920.70 yang dapat meringankan bebannya untuk membesarkan dua anaknya yang berusia tiga bulan dan lima tahun.

Beliau yang kehilangan suami serta anak sulungnya, Rehan Yusof, 9, ditemui media semasa disantuni oleh Pengarah Perkeso Terengganu, Hisham Abdul Rahman di kediaman keluarganya di Kampung Paloh Sungai Kiat.

Dalam kunjungan berkenaan, Hisham turut menyerahkan bayaran Faedah Pengurusan Mayat (FPM) bernilai RM3,000 kepada Nur Izzah bagi membantu pengurusan hal ehwal arwah suaminya.

Hisham mengesahkan bahawa semakan mendapati arwah Amirul Fahmi yang bekerja sebagai pencipta kandungan sebuah restoran layak mendapat perlindungan di bawah Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja.

Kelayakan berkenaan membolehkan balu Allahyarham menerima pencen FOT sepanjang hayat manakala dua anak mereka akan dibayar faedah sehingga berusia 21 tahun atau tamat pengajian ijazah pertama.

Sebelum ini, media melaporkan kejadian menyayat hati pada 27 Ogos lalu di mana Amirul Fahmi dan anak sulungnya ditemukan rentung selepas rumah keluarga mereka di Kampung Tok Jembal, Kuala Nerus musnah dijilat api.

+ - reset