Berita Berita
Azeez Rahim mahu pakai pakaian lokap ungu, bergari atas kehendak sendiri - SPRM
KUALA LUMPUR, 9 September – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan bahawa tindakan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yang memakai pakaian lokap berwarna ungu serta gari semasa hadir di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini adalah atas kehendaknya sendiri.
SPRM dalam satu kenyataan mengesahkan bahawa pegawai suruhanjaya dan polis yang mengiringi beliau serta peguam belanya telah menasihati ahli politik berkenaan supaya menukar kepada pakaian biasa dan tidak perlu digari sebelum dibawa ke bilik mahkamah.
Walau bagaimanapun, beliau dilaporkan berkeras untuk kekal memakai gari serta pakaian lokap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkenaan sehingga keseluruhan prosiding pembacaan pertuduhan selesai.
Pihak SPRM menegaskan bahawa pemakaian baju lokap serta gari terbabit bukanlah atas arahan atau kehendak mana-mana pihak terutamanya SPRM.
Sehubungan itu, suruhanjaya berkenaan menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang tidak tepat berhubung isu berkenaan.
Berita berkaitan
September 9, 2026, 7:22 pm
Kementerian Perpaduan saring inisiatif Belanjawan 2027, pastikan impak sampai kepada rakyat - Yuneswaran
September 9, 2026, 6:17 pm
Balu mangsa kebakaran terharu terima pencen FOT Perkeso RM920 sebulan
September 9, 2026, 6:14 pm
Malaysia tunggu maklum balas Indonesia untuk hantar aset bantu padam kebakaran hutan
September 9, 2026, 4:49 pm
Bayaran haji jemaah B40 kekal RM15,000 bagi musim 1448H/2027M
September 9, 2026, 2:28 pm
'Flat Hijau' Putrajaya kena kepung, Imigresen tahan 325 warga asing sedang lena tidur
September 9, 2026, 1:56 pm
Risau tiada perlindungan jika ditimpa musibah luar waktu kerja, 10,000 pekerja sertai semula LINDUNG 24 Jam
September 9, 2026, 1:41 pm
Empat maut Proton Saga bertembung lori di Jalan Telupid-Sandakan
September 9, 2026, 1:03 pm
PAU 2026 buka tirai, UMNO bakal tentukan arah kerjasama politik hadapi PRN Melaka, PRU16
September 9, 2026, 12:57 pm
