TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kementerian Perpaduan saring inisiatif Belanjawan 2027, pastikan impak sampai kepada rakyat - Yuneswaran

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 9 Sept - Cadangan inisiatif Kementerian Perpaduan Negara bagi Belanjawan 2027 kini berada di peringkat akhir penelitian sebelum dikemukakan kepada Menteri Kewangan untuk pertimbangan selanjutnya.

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj, hari ini menghadiri sesi pembentangan akhir inisiatif Belanjawan 2027 kementerian itu bersama Menteri Perpaduan Negara di Muzium Diraja Kuala Lumpur.

Sesi berkenaan menjadi platform untuk memperhalusi setiap cadangan yang dirangka kementerian, terutama dari aspek keberkesanan, nilai tambah dan manfaatnya kepada rakyat.

Yuneswaran berkata, penelitian secara menyeluruh penting bagi memastikan setiap inisiatif yang bakal diketengahkan benar-benar memenuhi keperluan rakyat serta menyokong usaha kerajaan memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Beliau berkata, perancangan yang teliti juga penting supaya peruntukan yang bakal disediakan dapat diterjemahkan menerusi program dan inisiatif yang memberi impak bermakna kepada rakyat serta negara.

Cadangan yang dimuktamadkan akan dibawa ke peringkat seterusnya sebelum dipersembahkan kepada Menteri Kewangan sebagai sebahagian daripada proses penyediaan Belanjawan 2027.

Kementerian Perpaduan Negara pada masa sama terus memberi penekanan terhadap agenda memperkukuh perpaduan nasional, keharmonian masyarakat dan pembinaan sebuah negara bangsa yang inklusif.

Sesi pembentangan itu turut mencerminkan usaha kementerian memastikan agenda perpaduan terus diberi perhatian dalam perancangan pembangunan dan dasar kerajaan bagi tahun hadapan.

+ - reset