Berita Viral
Penganjur Festival Budaya Malaysia panggil 'mamat Rohingya' buat catwalk atas pentas?
KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER - Tindakan penganjur sebuah acara kebudayaan membawa masuk seorang lelaki etnik Rohingya sebagai model 'catwalk' mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan orang ramai.
Isu berkenaan tular di media sosial selepas beberapa perkongsian video memaparkan lelaki berkenaan, dikenali sebagai Arakan Prince, memperagakan pakaian di pentas utama Festival Budaya Malaysia yang diadakan di Putrajaya.
Berdasarkan hantaran yang dimuat naik @mrloco_official, beliau mempertanyakan rasional pihak penganjur yang memilih warga asing berstatus pelarian bagi mempromosikan kebudayaan negara, sedangkan Malaysia mempunyai ramai bakat tempatan yang layak.
Perkongsian itu turut menyifatkan tindakan penganjur seolah-olah mengetepikan anak tempatan demi memberi ruang kepada etnik berkenaan.
Nada sama turut disuarakan oleh akaun azre_papagomo7 yang mendakwa kehadiran individu berkenaan di pentas rasmi anjuran pihak berkaitan membuktikan kebebasan luar biasa yang dinikmati oleh warga asing di negara ini.
Beliau turut mengkritik penglibatan itu yang disifatkannya sebagai tidak sensitif terhadap isu kebangkitan pendatang asing tanpa izin.
Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati di ruangan komen dengan menegaskan bahawa program peragaan budaya kebangsaan sepatutnya diwakili oleh rakyat tempatan bagi memelihara identiti dan warisan negara.
Ramai mendesak pihak penganjur dan kementerian berkaitan untuk tampil memberikan penjelasan rasmi berhubung pemilihan model berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan berterusan dalam kalangan awam.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 5:16 pm
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
September 14, 2026, 12:35 pm
Warga asing buat bising, minum arak di tempat beriadah keluarga di Serendah
September 14, 2026, 10:25 am
'Dia sentuh tangan dan punggung saya', lelaki dipercayai kena raba dengan lelaki dalam LRT
September 11, 2026, 7:57 pm
Detik cemas treler muatan konkrit hilang kawalan di Johor
September 11, 2026, 6:40 pm
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
September 11, 2026, 5:08 pm
Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak
September 11, 2026, 4:15 pm
'Ingat pergi tukar cash', warga Indonesia lari dari bayar duit tambang e-hailing
September 11, 2026, 12:41 pm
