Berita Viral
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER - Seorang lelaki dikenali sebagai Afif Qayyum tampil memohon maaf secara terbuka di media sosial selepas tular rakaman video yang menunjukkan tindakannya mencampakkan makanan dimasak oleh neneknya ke lantai.
Menerusi satu video penjelasan, pemuda berkenaan mengakui perbuatannya itu sebagai tindakan yang biadab, bukan sahaja terhadap neneknya malah tidak menghormati rezeki.
Beliau memohon maaf secara mendalam atas ketidakmatangan dan kesilapan yang telah dilakukan.
Ekoran penularan video tersebut di pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Threads, TikTok, dan Twitter, Afif mengesahkan bahawa dia telah diberhentikan kerja oleh majikannya.
Menurutnya, pihak majikan mengambil tindakan tersebut kerana tidak mahu menanggung malu akibat kontroversi berkenaan.
Dalam pada itu, beliau turut merayu kepada orang ramai serta pengguna media sosial yang memuat naik semula rakaman tersebut agar memadamkannya.
Jelasnya, penularan video berkenaan yang masih berterusan menyukarkan usahanya untuk mendapatkan pekerjaan baharu bagi meneruskan kehidupan.
Berita berkaitan
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 2:58 pm
Penganjur Festival Budaya Malaysia panggil 'mamat Rohingya' buat catwalk atas pentas?
September 14, 2026, 12:35 pm
Warga asing buat bising, minum arak di tempat beriadah keluarga di Serendah
September 14, 2026, 10:25 am
'Dia sentuh tangan dan punggung saya', lelaki dipercayai kena raba dengan lelaki dalam LRT
September 11, 2026, 7:57 pm
Detik cemas treler muatan konkrit hilang kawalan di Johor
September 11, 2026, 6:40 pm
'Bongok budak-budak ini', tular guru herdik murid di sekolah
September 11, 2026, 5:08 pm
Keadaan pintu helikopter tercabut sebelum jatuh di Sarawak
September 11, 2026, 4:15 pm
'Ingat pergi tukar cash', warga Indonesia lari dari bayar duit tambang e-hailing
September 11, 2026, 12:41 pm
