TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 14 SEPTEMBER — Tular satu rakaman video di media sosial yang memaparkan tindakan biadab seorang lelaki warga asing memperlekehkan penguatkuasaan undang-undang serta pengawasan pihak berkuasa di Malaysia.

Menerusi video berdurasi singkat yang menjadi tular itu, lelaki berkenaan yang mengaku berasal dari Bangladesh telah ditegur oleh seorang individu tempatan kerana berjalan di kawasan awam di luar negara tanpa membawa dokumen pengenalan diri atau pasport.

Namun, jawapan yang diberikan oleh warga asing tersebut ternyata membangkitkan kemarahan orang ramai apabila dia dengan nada berseloroh mendakwa bahawa peraturan di Eropah adalah lebih bebas berbanding di Malaysia.

"Bukan ini Malaysia abang, ini Europe (Eropah). Mesti boleh jalan-jalan, boleh bebas," katanya dalam rakaman tersebut apabila ditanya mengenai pasport miliknya.

Sikap tidak bertanggungjawab dan seolah-olah memperlekehkan sistem perundangan negara itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial. 

Rata-rata netizen meluahkan rasa berang dan menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap warga asing yang sering beranggapan bahawa undang-undang negara boleh dipandang remeh.

Ada juga pengguna media sosial yang menegaskan bahawa di mana-mana negara sekalipun, setiap warga asing sepatutnya sentiasa membawa dokumen pengenalan diri yang sah demi keselamatan dan pematuhan undang-undang tempatan.

+ - reset