Berita Jenayah
Tukang urut wanita maut terjatuh ketika elak pemeriksaan
JOHOR BAHRU 5 SEPTEMBER - Seorang tukang urut wanita maut selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah rumah kedai di Bandar Baru Permas Jaya, Masai, di sini, ketika cuba melarikan diri dari pemeriksaan pihak berkuasa, kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintendan Ng Swie Chait berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 3.48 petang.
“Siasatan awal mendapati wanita warga asing berusia 36 tahun itu dipercayai terjatuh dari tingkat empat ketika cuba melarikan diri semasa pemeriksaan oleh Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di premis tempat dia bekerja.
“Mangsa ditemui di belakang bangunan rumah kedai berkenaan dalam keadaan tertiarap dan mengalami pendarahan di kepala,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini, untuk proses bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian disebabkan kecederaan retak pada bahagian kepala, selain patah beberapa tulang rusuk.
“Polis masih melengkapkan siasatan daripada pelbagai sudut dan klasifikasi kes boleh berubah sekiranya laporan bedah siasat atau bukti baharu menunjukkan sebaliknya,” katanya.
Katanya, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai diminta agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
