Berita Jenayah
Polis tahan 4 remaja curi 2 motosikal ketika solat Jumaat di Rembau
REMBAU 5 SEPTEMBER - Polis menahan empat remaja lelaki berusia antara 14 hingga 15 tahun dipercayai terbabit kes kecurian dua motosikal milik jemaah di Masjid Kariah Kampung Rendah, di sini, ketika solat Jumaat, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Rembau, Superintendan Ngiam Ooi Ming berkata, kedua-dua motosikal yang dilaporkan hilang itu turut dirampas semula dalam tempoh kurang 24 jam.
“Semalam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau menerima dua laporan berhubung kehilangan dua motosikal yang diletakkan di tempat letak motosikal di kawasan sebuah masjid di Rembau.
“Susulan laporan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Rembau membuka dua kertas siasatan mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Kejadian itu dipercayai berlaku ketika jemaah menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan.
Kehilangan motosikal hanya disedari mangsa jam 2.15 petang ketika mahu pulang selepas mendapati kenderaan di kawasan parkir masjid sudah tiada.
Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tersebar, dua suspek dilihat seperti tergesa-gesa membawa keluar motosikal berkenaan dari kawasan masjid.
Berita berkaitan
October 19, 2026, 7:28 pm
Polis buru lelaki menyamar pengawal peribadi Raja Muda Selangor, lakukan aktiviti penipuan
October 19, 2026, 11:06 am
Geng curi motosikal tumpas, polis berkas tiga lelaki
October 18, 2026, 12:04 pm
Polis siasat hantaran provokasi bakar kedai milik warga Pakistan
October 18, 2026, 11:57 am
Wanita direman, bantu siasatan penemuan mayat bayi tidak sempurna di Terengganu
October 16, 2026, 2:49 pm
77 motosikal disita, 144 saman dikeluarkan dalam operasi samseng jalanan
October 16, 2026, 9:36 am
Guru tuisyen ditahan polis disyaki terbabit amang seksual lima pelajar lelaki
October 16, 2026, 9:32 am
Lelaki warga emas cedera dipukul guna tin gam lepas tegur suspek bising
October 15, 2026, 4:51 pm
Tiga individu termasuk Tamim Dahri ditahan kes khianat pecah patung kuil Jalan Klang Lama
October 13, 2026, 2:04 pm
Rumah Rohingya terbakar diserang bom molotov dipercayai ada kaitan video cabar Melayu
October 7, 2026, 9:16 am
