Berita Viral
'Bukan sekali dua', netizen periksa latar belakang pemilik Tesla pandu secara bahaya, tunjuk jari tengah
KUALA LUMPUR 15 SEPTEMBER - Tindakan provokatif seorang pemandu kereta elektrik Tesla berwarna putih yang memandu secara berbahaya dan menunjukkan isyarat lucah di jalan raya mencetuskan kemarahan warganet sehingga latar belakang individu berkenaan diselidik sepenuhnya oleh netizen.
Insiden berkenaan tular menerusi pelbagai muatan video papan pemuka (dashcam) yang memaparkan pemandu Tesla terbabit memotong lorong secara melulu tanpa memberi isyarat, melakukan 'brake check' di lorong kanan, serta menunjukkan isyarat jari tengah sebelum memecut melarikan diri.
Tindakan melampau itu bukan sahaja membahayakan pengguna kereta lain malah turut meletakkan nyawa penunggang motosikal di atas laluan bertingkat dalam bahaya.
Rentetan tularnya kejadian tersebut, orang ramai mula membuat carian dan mendedahkan maklumat peribadi pemandu berkenaan.
Hasil selidikan netizen mendakwa individu itu merupakan seorang artis atau penyanyi baharu yang cuba menempa nama dalam industri hiburan.
Selain itu, maklumat keluarga pelaku turut diselongkar di mana ibunya didakwa bekas ahli politik parti MCA Perlis pada era 2000-an, manakala abangnya pula merupakan pengasas sebuah agensi hartanah.
Kemarahan netizen semakin membara apabila pelbagai rakaman video lain tampil membuktikan pemandu yang sama pernah melakukan aksi pemanduan berbahaya secara berulang kali sebelum ini.
Keadaan itu menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna jalan raya mengenai keberkesanan tindakan undang-undang.
Sesetengah pihak menyuarakan kebimbangan bahawa pesalah berkemungkinan terlepas daripada hukuman berat disebabkan latar belakang keluarga yang berada, manakala sebahagian lagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas dengan segera sebelum kejadian yang tidak diingini atau kecelakaan maut berlaku.
Berita berkaitan
September 16, 2026, 2:10 pm
Lelaki prihatin marah 4 budak main dalam longkang elak tragedi maut kembali
September 16, 2026, 11:08 am
Gelandangan wanita stres, kejar lelaki sebelum nyanyi lagu Mixue
September 15, 2026, 7:28 pm
'Cucu saya tak sihat', nenek lelaki campak mi goreng dah maafkan cucu
September 15, 2026, 6:07 pm
Warga asing kritik pengurusan penerbangan di KLIA
September 15, 2026, 3:38 pm
Tular isu pertahankan tanah adat, penduduk Orang Asli dipercayai ditahan polis
September 15, 2026, 11:13 am
Tular persembahan Barongan Reog Ponorogo di Titiwangsa, netizen perdebat tentang budaya Malaysia
September 14, 2026, 6:42 pm
'Ini bukan Malaysia, ini Europe', warga asing perlekeh undang-undang negara
September 14, 2026, 5:16 pm
Lelaki diberhentikan kerja lepas viral, mohon maaf sebab campak masakan nenek
September 14, 2026, 2:58 pm
