Berita Viral
'Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren', lelaki 'ajar' staf KTM kurang ajar dengan warga emas
LABU 17 SEPTEMBER – Niat bertanyakan maklumat mengenai jadual ketibaan tren bertukar menjadi pengalaman pahit buat seorang wanita warga emas apabila menerima jawapan biadab daripada seorang petugas di Stesen Keretapi Tanah Melayu (KTM) Labu, di sini baru-baru ini.
Insiden berkenaan tercetus susulan isu kelewatan perkhidmatan tren yang dipercayai dialami penumpang di stesen berkenaan, dengan ada yang mendakwa terpaksa menunggu antara dua hingga lima jam.
Memetik perkongsian pengguna akaun @eyqathepisang, wanita berumur itu bertanyakan waktu ketibaan tren seterusnya kepada seorang petugas lelaki yang berada di lokasi.
Namun, jawapan yang diberikan amat mengecewakan apabila petugas berkenaan memberikan maklumat secara bersikap tidak acuh.
Petugas itu dilaporkan menjawab, “Akak tanyalah orang depan tu, saya tak tahu. Lepas ni naik kereta lah, jangan naik tren.”
Jawapan celupar dan tidak beretika itu menimbulkan rasa ketidakpuasan hati dalam kalangan pengguna jalan raya yang berada di platform, sebelum seorang lelaki tampil menegur tindakan petugas berkenaan yang dianggap biadab dan tidak menghormati warga emas.
Teguran tersebut bagaimanapun bertukar menjadi tegang sehingga berlakunya pertengkaran mulut dan pergelutan fizikal antara kedua-dua individu berkenaan.
Beberapa penumpang lain yang menyaksikan kejadian itu turut campur tangan dan berusaha meleraikan pergaduhan.
Akibat pergaduhan tersebut, petugas berkenaan dilaporkan mengalami pendarahan pada bahagian hidung akibat ditumbuk.
Sementara itu, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mengesahkan individu berkenaan bukannya kakitangan KTMB, sebaliknya merupakan petugas di bawah syarikat kontraktor, Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA).
Pihak KTMB turut memaklumkan bahawa aduan rasmi berhubung insiden itu telah dipanjangkan kepada pihak berkuasa dan jabatan berkaitan untuk tindakan serta siasatan lanjut.
Berita berkaitan
September 17, 2026, 12:27 pm
Potong di laluan 'double line', kereta konvoi nyaris penyebab kemalangan jalan raya
September 17, 2026, 11:40 am
Tersentuh penumpang sambut 'birthday' bersendirian, pemandu e-hailing belanja tambang raih pujian ramai
September 17, 2026, 11:19 am
Tindakan pempengaruh dedah PATI buat warga asing gelisah, mula buat kempen kecam di media sosial
September 16, 2026, 2:10 pm
Lelaki prihatin marah 4 budak main dalam longkang elak tragedi maut kembali
September 16, 2026, 11:08 am
Gelandangan wanita stres, kejar lelaki sebelum nyanyi lagu Mixue
September 15, 2026, 7:28 pm
'Cucu saya tak sihat', nenek lelaki campak mi goreng dah maafkan cucu
September 15, 2026, 6:07 pm
Warga asing kritik pengurusan penerbangan di KLIA
September 15, 2026, 4:54 pm
'Bukan sekali dua', netizen periksa latar belakang pemilik Tesla pandu secara bahaya, tunjuk jari tengah
September 15, 2026, 3:38 pm
