TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Viral

'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 18 SEPTEMBER - Satu rakaman video tular di media sosial baru-baru ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan orang ramai apabila memaparkan suasana persekitaran sebuah premis perumahan yang dipercayai dijadikan pusat pendidikan bagi anak-anak etnik Rohingya.

Video dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial menggunakan akaun @Hisham.buyong itu merakamkan puluhan kanak-kanak dan remaja berpakaian kemas serta menggalas beg sekolah keluar dari premis di bahagian bawah blok kediaman berkenaan. 

Kelihatan beberapa orang dewasa turut berada di persekitaran laluan masuk bagi memantau pergerakan pelajar-pelajar tersebut.

Menerusi hantaran berkenaan, pengguna terbabit meluahkan kebimbangan terhadap kewujudan pusat pembelajaran sedemikian yang disifatkannya semakin bertambah di sesetengah kawasan perumahan awam dan premis kedai. 

Rakaman itu turut memperlihatkan suasana rutin harian kawasan perumahan terbabit yang dipenuhi dengan kehadiran penduduk warga asing dan kanak-kanak berulang-alik dari premis berkenaan.

+ - reset