TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan umum penambahbaikan SIP, pertahan Skim Lindung 24 jam PERKESO

By
|
Kongsi
image

SUNGAI BULOH, 19 September – Kerajaan mengumumkan pelbagai penambahbaikan fasiliti di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP) berkuasa kuasa 1 Oktober depan termasuk peningkatan Elaun Bekerja Semula Awal (TBSA) daripada 25 peratus kepada 50 peratus.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R. Ramanan memaklumkan bahawa kementeriannya turut memperkenalkan elaun mobiliti secara 'one-off' sebanyak RM1,000 bagi pencarum yang berpindah lokasi kerja melebihi jarak 100 kilometer, selain menaikkan elaun latihan harian daripada RM10 kepada RM30.

Ramanan menjelaskan bahawa had maksimum yuran latihan di bawah SIP juga dipertingkat daripada RM4,000 kepada RM7,000, manakala jumlah perlindungan maksimum skim dinaikkan sehingga RM25,000 bagi setiap pencarum di bawah Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 (Akta 800).

Menerusi program di Parlimen Sungai Buloh itu, beliau merakamkan penghargaan kepada syarikat penyedia platform p-hailing yang menyumbang hampir RM1.5 juta merangkumi RM1 juta daripada Foodpanda, RM500,000 daripada GrabFood, dan RM14,000 daripada Hello, di samping menegaskan bahawa caruman PERKESO bagi pekerja gig kini adalah bersifat mandatori.

Dalam perkembangan sama, beliau yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh menyumbangkan yuran caruman bernilai RM48,000 bagi membiayai 400 suri rumah tempatan di bawah Skim Lindung Kasih Suri Rumah PERKESO.

Mengulas mengenai kritikan terhadap Skim Lindung 24 jam PERKESO di media sosial, Ramanan membidas penyebaran maklumat palsu serta fitnah sambil menegaskan bahawa program perlindungan sosial berkenaan mendapat sokongan padu daripada 87 peratus tenaga kerja yang telah mendaftar.

Beliau turut mempertahankan kepimpinan tertinggi PERKESO dengan menekankan pengiktirafan antarabangsa yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Mahmood yang dilantik sebagai Presiden Persatuan Keselamatan Sosial Antarabangsa (ISSA) yang berpangkalan di Geneva, Switzerland.

+ - reset