Berita Berita
‘Kor Ming sembang lebat, tapi Loke yang kena buat’ – Akmal tanya kenapa bukan Kor Ming yang letak jawatan
KUALA LUMPUR 20 Sept – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh menyindir Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming susulan keputusan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan.
Menerusi hantaran di Facebook, Muhammad Akmal mengingatkan Nga mengenai kenyataannya sebelum ini yang menyatakan kesediaan melepaskan jawatan menteri sekiranya bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dibebaskan daripada hukuman penjara.
Muhammad Akmal menyifatkan perkembangan terbaharu itu sebagai situasi ‘order lain, yang sampai lain’, apabila Loke yang mengumumkan peletakan jawatan dan bukannya Kor Ming.
“Kalau terlupa atau buat-buat lupa, saya ingatkan macam mana nak buat surat (letak jawatan) ya.
“Boleh share (kongsi) pada kawan-kawan lain juga jika diorang (mereka) berani lahhh,” katanya.
Muhammad Akmal turut berkongsi semula hantaran terdahulunya mengenai surat peletakan jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Melaka untuk dijadikan rujukan kepada Nga.
Pada Julai lalu, Nga menjelaskan beliau tidak pernah berjanji untuk meletakkan jawatan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Sebaliknya, Timbalan Pengerusi DAP itu berkata, ikrarnya adalah untuk melepaskan jawatan sekiranya Najib dibebaskan daripada hukuman penjara dalam kes SRC International kerana menurutnya keadaan itu akan menjejaskan integriti sistem kehakiman dan kedaulatan undang-undang.
Terdahulu, Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan sebagai respons DAP terhadap pengampunan bersyarat Najib yang membolehkannya menjalani baki hukuman secara tahanan di rumah.
Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama hampir tiga jam.
Bagaimanapun, Loke menjelaskan peletakan jawatan itu hanya melibatkan dirinya, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP akan kekal dalam Kerajaan Perpaduan bagi memastikan kestabilan politik.
Loke turut berkata, DAP menyedari terdapat pihak yang menunggu parti itu keluar daripada kerajaan sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kehilangan majoriti dan membuka kemungkinan Parlimen dibubarkan.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 4:17 pm
‘Sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke’ - DAP Johor
September 20, 2026, 2:55 pm
Port Dickson masuk kategori tidak sihat, Lembah Klang catat peningkatan bacaan IPU
September 20, 2026, 2:45 pm
Lelaki maut tersepit dalam kereta terbabit nahas di Sibu
September 20, 2026, 11:57 am
'Senang boleh cari kerja untuk diri, anak-anak sekali' – MYFutureJobs jadi tumpuan di Festival Mega iLINDUNGu
September 19, 2026, 7:26 pm
