Berita Berita
Lelaki maut tersepit dalam kereta terbabit nahas di Sibu
SIBU 20 SEPTEMBER - Seorang lelaki maut selepas tersepit dalam kemalangan di Kilometer (KM) lima, Jalan Salim berhampiran Sibu Water Board, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, mangsa, Herbert Augustine Andoh, 44, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
urucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 2.25 pagi.
“Seorang daripada empat mangsa didapati tersepit dalam kereta sebelum pasukan bomba segera menjalankan operasi menyelamat menggunakan peralatan khas.
“Sejurus berjaya dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal di lokasi kejadian oleh pihak KKM di lokasi,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Sementara itu, tiga lagi mangsa iaitu Frederick Jetie August, 33, Rodney Belayong Alexander, 28, dan Handry Alexander, 39, cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan.
Berita berkaitan
September 20, 2026, 4:17 pm
‘Sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke’ - DAP Johor
September 20, 2026, 2:55 pm
Port Dickson masuk kategori tidak sihat, Lembah Klang catat peningkatan bacaan IPU
September 20, 2026, 11:57 am
'Senang boleh cari kerja untuk diri, anak-anak sekali' – MYFutureJobs jadi tumpuan di Festival Mega iLINDUNGu
September 20, 2026, 2:30 am
‘Kor Ming sembang lebat, tapi Loke yang kena buat’ – Akmal tanya kenapa bukan Kor Ming yang letak jawatan
September 19, 2026, 7:26 pm
