Berita Berita
'Kami tak tahu nak pergi mana' - Ribuan Rohingya tinggal sehelai sepinggang, kerajaan India roboh penempatan dibina sejak 15 tahun lalu
JAMMU 20 Sept - Selepas lebih sedekad menjadikan Karyani Talab, Narwal sebagai tempat berteduh, ratusan keluarga Rohingya kini berdepan ketidaktentuan apabila diarahkan mengosongkan penempatan sementara mereka di Jammu, India.
Penduduk dilihat merobohkan sendiri pondok, struktur kayu dan kedai selain mengemas barangan selepas pemilik tanah meminta mereka meninggalkan kawasan berkenaan susulan notis dikeluarkan pihak berkuasa.
Seorang anggota komuniti Rohingya mendakwa kira-kira 350 hingga 500 keluarga yang menghuni sekitar 80 hingga 90 pondok sementara telah diminta berpindah.
Sebahagian daripada mereka dikatakan sudah menetap di kawasan berkenaan sejak 15 hingga 16 tahun lalu.
“Kami pekerja miskin dan mencari rezeki melalui kerja harian. Kami tidak tahu ke mana hendak pergi sekarang,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali.
Menurut penduduk, notis berkenaan dikeluarkan kepada pemilik tanah yang menyewakan tapak kepada keluarga Rohingya.
Notis itu dilaporkan mempersoalkan tindakan pemilik tanah membenarkan warga asing menetap di kawasan tersebut, selain mendakwa tanah berkenaan diperuntukkan bagi tujuan pertanian dan tidak boleh disewakan untuk kegunaan kediaman.
Sementara itu, Rohingya Human Rights Initiative mendakwa kira-kira 350 tempat perlindungan sudah dirobohkan sehingga menjejaskan hampir 1,800 individu.
Kumpulan berkenaan turut mendakwa keluarga terjejas tidak diberikan penempatan alternatif yang selamat dan sesuai.
Keadaan itu menyebabkan sebahagian daripada mereka mempertimbangkan untuk berpindah ke kawasan lain di India termasuk Hyderabad atau ke Bangladesh.
Berdasarkan data kerajaan yang dibentangkan kepada sebuah jawatankuasa peringkat tinggi, seramai 7,656 Rohingya dikenal pasti berada di seluruh Jammu dan Kashmir.
Daripada jumlah itu, 6,737 berada di wilayah Jammu manakala 919 lagi di Lembah Kashmir.
Rohingya Human Rights Initiative kini menggesa pihak berkuasa serta Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menghentikan pengusiran lanjut sehingga kesan kemanusiaannya dinilai.
Kumpulan itu turut meminta penempatan alternatif disediakan kepada keluarga yang terjejas.
Bagi ratusan keluarga terbabit, persoalan kini adalah ke mana mereka harus pergi selepas tempat yang menjadi kediaman sejak bertahun-tahun lalu tidak lagi dapat diduduki. – Agensi
Berita berkaitan
September 21, 2026, 5:39 pm
‘Bubar DUN, serah semula kepada rakyat’ – AMANAH desak MB Negeri Sembilan susulan krisis Istana, kerajaan negeri
September 21, 2026, 3:37 pm
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
September 21, 2026, 2:54 pm
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
Jabatan Penjara sangkal dakwaan Yasin wujud sistem kasta dan pengaruh kewangan dalam penjara
September 21, 2026, 2:25 pm
Banjir di Janda Baik, 105 mangsa dipindahkan ke PPS
September 21, 2026, 2:18 pm
Seramai 55,169 penjawat awam berisiko tinggi alami masalah kesihatan mental
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
