Berita Berita
‘Sepatutnya Zahid yang letak jawatan, bukan Anthony Loke’ - DAP Johor
KOTA TINGGI 20 Sept – Naib Pengerusi DAP Johor, Senator Sheikh Umar Bagharib Ali berpendapat Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang sepatutnya meletakkan jawatan daripada Kabinet, bukannya Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
Menurutnya, Presiden UMNO yang juga Timbalan Perdana Menteri itu didakwa telah memalukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) baru-baru ini, selain mempertikaikan beberapa dasar kerajaan.
“Sebenarnya ramai yang tidak setuju sewaktu mesyuarat CEC. Tetapi setelah berbincang, kami muafakat dan mengambil keputusan secara kolektif.
“Bagi saya, sepatutnya Zahid Hamidi yang letak jawatan. Beliau memalukan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim di Perhimpunan Agung UMNO, sedangkan beliau sendiri merupakan timbalannya,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Sheikh Umar turut membangkitkan tindakan Ahmad Zahid mempertikaikan dasar kerajaan termasuk Budi Madani RON95 (BUDI95), sedangkan beliau merupakan sebahagian daripada Jemaah Menteri.
“Beliau mempertikai polisi kerajaan. Pertikai BUDI95. Sedangkan beliau dalam Kabinet yang sama. Beliau buat keputusan sama-sama.
“Sewaktu banyak negara di dunia menghormati kepimpinan Anwar, Zahid memperlekeh dan memperbodohkan beliau,” katanya.
Susulan itu, Sheikh Umar berpandangan Ahmad Zahid wajar melepaskan jawatan atau kedudukannya dalam Kabinet dinilai semula oleh Perdana Menteri.
Malah, beliau turut mencadangkan dua pemimpin UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin atau Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai antara nama yang boleh dipertimbangkan sekiranya berlaku perubahan.
“Bagi saya, sepatutnya Zahid yang letak jawatan. Bukan Anthony Loke.
“Atau Anwar lucutkan Zahid. Ganti dengan pemimpin UMNO lain. Mungkin Khaled Nordin atau Johari Abdul Ghani.
“Mereka lebih komited jaga nama baik kerajaan dan negara. Itu kuasa Anwar. Anwar boleh lakukannya,” katanya.
Terdahulu, Loke menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan pengampunan bersyarat terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Keputusan itu dicapai selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selama kira-kira tiga jam pada Sabtu.
Bagaimanapun, peletakan jawatan berkenaan hanya melibatkan Loke, manakala menteri dan timbalan menteri lain daripada DAP kekal dalam kerajaan bagi memastikan kestabilan politik.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 5:39 pm
‘Bubar DUN, serah semula kepada rakyat’ – AMANAH desak MB Negeri Sembilan susulan krisis Istana, kerajaan negeri
September 21, 2026, 3:37 pm
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
September 21, 2026, 2:54 pm
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
Jabatan Penjara sangkal dakwaan Yasin wujud sistem kasta dan pengaruh kewangan dalam penjara
September 21, 2026, 2:25 pm
Banjir di Janda Baik, 105 mangsa dipindahkan ke PPS
September 21, 2026, 2:18 pm
Seramai 55,169 penjawat awam berisiko tinggi alami masalah kesihatan mental
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
