Berita Viral
Hutan dua ekar terbakar didakwa punca upacara keagamaan?
PETALING JAYA 20 SEPTEMBER - Tindakan tidak bertanggungjawab segelintir individu yang dipercayai melakukan upacara keagamaan di kawasan tanah baharu dikesan menjadi punca kebakaran hutan seluas kira-kira dua ekar di Bandar 16 Sierra, Puchong, semalam.
Insiden berkenaan menjadi penularan di media sosial selepas beberapa penduduk menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung kecuaian penganjur upacara berkenaan yang didakwa punca berlakunya kebakaran berkenaan.
Pengguna akaun media sosial dikenali hidsalvatore mendakwa kejadian di Bandar 16 Sierra itu berpunca daripada aktiviti penyembahan yang dijalankan sebelum memasuki kawasan tanah baharu di kawasan berkenaan.
Individu berkenaan meluahkan kekecewaannya dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertindak cuai sehingga menimbulkan kesusahan dan kebimbangan kepada penduduk sekitar.
Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengesahkan menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 10.16 pagi.
Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Selangor, Ashrul Riezal Ashbar berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya terus dikerahkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira 15 minit kemudian.
Menurut beliau, setibanya di lokasi, pihak bomba mendapati kebakaran telah mengandungi kawasan hutan seluas kira-kira dua ekar dan operasi pemadaman segera dijalankan bagi memadam serta memastikan api tidak merebak ke kawasan kediaman berhampiran.
Operasi pemadaman yang menyeluruh itu turut mendapat bantuan daripada BBP Dengkil dan BBP KLIA yang melibatkan kekuatan keseluruhan seramai 18 anggota bersama lima buah jentera bomba bagi mengawal keadaan sepenuhnya.
Berita berkaitan
September 19, 2026, 7:41 pm
Tular budak lelaki masih hilang, rakaman CCTV kesan pergerakan ditempat kejadian
September 19, 2026, 10:36 am
Penunggang motosikal kena libas, kereta bergolek terbang lepas lori brek mengejut
September 18, 2026, 5:41 pm
Persenda rukun negara, netizen minta pihak berwajib siasat persembahan teater
September 18, 2026, 3:57 pm
'Lari macam Usain Bolt', pemandu nyaris jadi mangsa rompak awang hitam
September 18, 2026, 3:01 pm
'Tumbuh bagai cendawan', sekolah etnik Rohingya kini penuhi kawasan perumahan kos rendah?
September 18, 2026, 11:53 am
Isu gambar MyKad, netizen dakwa JPN pilih kasih antara artis, rakyat biasa
September 18, 2026, 10:47 am
Sayu 'rider' penghantar makanan warga emas bongkok gagah cari rezeki demi dapur rumah
September 17, 2026, 7:11 pm
Penunggang motosikal khusyuk tengok kemalangan sampai langgar punggung orang
September 17, 2026, 6:42 pm
