Berita Berita
Anthony Loke teruskan tugas rasmi di China sebelum pulang urus peletakan jawatan
PUTRAJAYA, 21 September – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan meneruskan keseluruhan jadual lawatan kerja rasmi beliau ke Republik Rakyat China sebelum kembali ke tanah air bagi menguruskan prosedur berhubung keputusan peletakan jawatan beliau.
Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) menerusi satu kenyataan rasmi mengesahkan bahawa Loke mewakili negara dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Pengangkutan APEC ke-12 di Beijing yang merangkumi sesi pertemuan dua hala serta pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) strategik.
MoU yang dimeterai melibatkan kerjasama komprehensif sektor pengangkutan darat, rel, maritim, penerbangan, dan logistik antara Malaysia dan China, serta perjanjian keselamatan penerbangan antara Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam China (CAAC).
Selepas melengkapkan tugasan di Beijing, beliau dijadualkan menganggotai rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Shanghai sebelum pulang ke Malaysia untuk menyelesaikan urusan berkaitan peletakan jawatannya sebagai Ahli Jemaah Menteri.
Langkah peletakan jawatan berkenaan ditawarkan oleh Loke susulan ketetapan mesyuarat tergempar Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang sukar menerima keputusan pengampunan bersyarat tahanan di rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
Konvoi motosikal laju punca kemalangan maut tiga nyawa di Ipoh, polis sahkan lokasi hotspot lumba haram
September 21, 2026, 12:29 pm
Pemimpin politik dituntut jadi pendamai krisis diraja, Akmal ingatkan kesan buruk terhadap rakyat
September 21, 2026, 12:24 pm
Pemberhentian EXCO tanpa nasihat MB tidak sah dan tidak berperlembagaan - Ismail Lasim
September 21, 2026, 12:14 pm
Serah nama EXCO tak selesai masalah, kes Istana Negeri Sembilan perlu dibawa ke mahkamah - Penganalisis
September 21, 2026, 10:41 am
Polis belum terima maklumat Najib pulang Langgak Duta hari ini
September 21, 2026, 10:33 am
Tiga lelaki tular kencing tepi lebuh raya dicekup polis di Johor Bahru
September 21, 2026, 10:27 am
