TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Serah nama EXCO tak selesai masalah, kes Istana Negeri Sembilan perlu dibawa ke mahkamah - Penganalisis

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 21 September – Langkah Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yang mahu mengemukakan senarai baharu Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) untuk diperkenankan tidak akan mampu meredakan kemelut politik negeri selagi isu teras mengenai keabsahan Yang di-Pertuan Besar tidak dimuktamadkan.

Ahli Geostrategi dan Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara (NASR), Dr. Azmi Hassan berkata persoalan utama yang mencetuskan krisis pentadbiran ini berkisar kepada pertikaian kedudukan institusi diraja berkenaan, di mana penyerahan calon EXCO secara tidak langsung menandakan kerajaan negeri mengiktiraf Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar yang sah.

Beliau menjelaskan bahawa krisis perundangan ini menjadi semakin kompleks susulan isu proklamasi pelantikan EXCO beberapa hari lalu, sekali gus mencetuskan tanda tanya besar berhubung jurang jurang kuasa antara pihak eksekutif dan istana di negeri berkenaan.

Mengulas lanjut, Azmi menegaskan bahawa tindakan sekadar menyerahkan 10 nama calon EXCO bagi mendapatkan perkenan istana tidak akan menyelesaikan punca utama konflik yang melanda pentadbiran negeri pada ketika ini.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar proses perundangan dan saluran mahkamah digunakan sebagai jalan keluar terbaik bagi menentukan keabsahan takhta mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan serta keunikan undang-undang adat tempatan.

Langkah membawa kemelut berkenaan ke badan kehakiman disifatkan beliau sebagai kaedah paling munasabah untuk menamatkan polemik politik, mengembalikan kestabilan pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, serta memberikan pencerahan undang-undang yang saksama kepada semua pihak.

+ - reset