Berita Berita
Kerjasama PH, BERSATU bagi PRN Melaka belum muktamad, bergantung rundingan
MASJID TANAH, 21 September – Kerjasama politik antara Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka masih belum dimuktamadkan dan bergantung kepada hasil rundingan di peringkat negeri.
Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari menjelaskan bahawa sebarang kesepakatan yang dicapai di Melaka perlu dirujuk serta mendapat pengesahan pimpinan tertinggi PH di peringkat pusat sebelum sebarang keputusan rasmi dimuktamadkan.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa pihak kepimpinan perlu melihat terlebih dahulu sejauh mana kemajuan perbincangan yang diketuai Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari termasuk kemungkinan membentuk gabungan kerjasama PH Plus.
Mengulas lanjut berhubung bentuk kerjasama berkenaan, Amirudin memaklumkan bahawa sekiranya terdapat kesepakatan yang memenuhi keperluan semasa, ia lebih sesuai dilaksanakan menerusi bentuk persefahaman politik atau persefahaman pilihan raya.
Beliau berkata demikian sewaktu majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Keadilan Masjid Tanah di Kuala Sungai Baru yang turut dihadiri Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin serta Pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Melaka, Adam Adli Abd Halim.
Dalam pada itu, beliau mengesahkan bahawa PH pada masa ini memberi keutamaan penuh kepada proses penyelesaian pembahagian kerusi dalam kalangan parti komponen sebelum mempertimbangkan sebarang penjajaran politik dengan pihak luar.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 1:36 pm
‘Tak perlu tinggalkan kerajaan untuk pertahan prinsip’ – Aiman Athirah
September 21, 2026, 1:22 pm
Tikam isteri 13 kali, bekas juruteknik didakwa membunuh
September 21, 2026, 12:36 pm
Konvoi motosikal laju punca kemalangan maut tiga nyawa di Ipoh, polis sahkan lokasi hotspot lumba haram
September 21, 2026, 12:29 pm
Pemimpin politik dituntut jadi pendamai krisis diraja, Akmal ingatkan kesan buruk terhadap rakyat
September 21, 2026, 12:24 pm
Pemberhentian EXCO tanpa nasihat MB tidak sah dan tidak berperlembagaan - Ismail Lasim
September 21, 2026, 12:14 pm
Serah nama EXCO tak selesai masalah, kes Istana Negeri Sembilan perlu dibawa ke mahkamah - Penganalisis
September 21, 2026, 10:41 am
Polis belum terima maklumat Najib pulang Langgak Duta hari ini
September 21, 2026, 10:33 am
Tiga lelaki tular kencing tepi lebuh raya dicekup polis di Johor Bahru
September 21, 2026, 10:19 am
