TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga lelaki tular kencing tepi lebuh raya dicekup polis di Johor Bahru

By
|
Kongsi
image

JOHOR BAHRU, 21 September – Polis memberkas tiga lelaki warga tempatan berusia lingkungan 28 hingga 36 tahun susulan tindakan tidak sopan mereka membuang air kecil di tepi lebuh raya seperti mana yang ditularkan menerusi satu rakaman video di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Superintenden Ng Swie Chait mengesahkan bahawa tangkapan dibuat di hadapan sebuah restoran di Taman Maju Jaya oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Johor Bahru Selatan susulan aduan yang diterima.

Dalam operasi serbuan berkenaan, pihak polis turut menyita sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipercayai digunakan oleh kesemua suspek sewaktu kejadian terbabit berlaku bagi membantu proses siasatan lanjut.

Hasil semakan rekod mendapati salah seorang daripada suspek mempunyai satu rekod jenayah lampau, manakala ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas kesemua suspek mengesahkan mereka bebas daripada pengaruh dadah.

Kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan atas kesalahan melanggar kesopanan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun jika sabit kesalahan, sebelum kertas siasatan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri Johor.

+ - reset