Berita Berita
RM10,777,777 untuk ‘H 1’, bidaan Siri H keseluruhan cecah RM91 juta - Loke
KUALA LUMPUR 21 Sept - Nombor pendaftaran istimewa H 1 mencuri tumpuan apabila dibida pada harga RM10,777,777, sekali gus menjadi bidaan tertinggi bagi Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri H yang diperkenalkan sempena sambutan Hari Malaysia 2026.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, secara keseluruhan NPI Siri H berjaya menjana kutipan RM91,206,642 menerusi bidaan yang dilaksanakan sepenuhnya menggunakan sistem JPJeBid.
Daripada jumlah itu, sebanyak RM89,266,542 merupakan hasil bidaan manakala RM1,940,100 lagi diperoleh menerusi fi perkhidmatan.
Proses bidaan yang berlangsung selama lima hari bermula 16 hingga 20 September lalu menyaksikan seramai 34,664 pembida mengambil bahagian.
Sebanyak 8,223 nombor pendaftaran pula berjaya dibida sepanjang tempoh berkenaan, sekali gus mencerminkan sambutan tinggi terhadap siri khas tersebut.
Selain H 1 yang merekodkan nilai bidaan tertinggi RM10,777,777, nombor H 1001 dan H 100 pula menerima penyertaan paling ramai dengan masing-masing menarik 37 pembida.
Ia diikuti H 1805 dengan 36 pembida, manakala H 1777 dan H 4818 masing-masing menerima 32 pembida.
Menurut Loke, kejayaan NPI Siri H bukan sahaja menunjukkan sambutan terhadap nombor pendaftaran istimewa, malah mencerminkan keberkesanan transformasi digital kerajaan menerusi platform JPJeBid yang memudahkan proses bidaan.
“Lebih signifikan, setiap hasil yang dijana melalui inisiatif ini akan kembali kepada rakyat menerusi pelbagai program dan inisiatif MOT serta JPJ termasuk program keselamatan jalan raya dan inisiatif yang memberikan manfaat secara langsung kepada masyarakat. Justeru, kejayaan NPI Siri H bukan sekadar tentang angka atau nombor pendaftaran tetapi membawa nilai yang lebih besar kepada rakyat dan negara.
“Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ atas komitmen luar biasa tanpa mengira masa dan hari dalam memastikan setiap bidaan NPI ini dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.
Dalam kita terus mengejar keberhasilan dan kecemerlangan, kebajikan pegawai serta anggota JPJ mesti sentiasa diberikan perhatian dan menjadi keutamaan. Mereka yang bekerja keras memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat juga perlu terus dihargai dan dijaga kebajikan,” katanya dalam kenyataan.
Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut merakamkan penghargaan kepada semua pembida serta rakyat Malaysia atas sambutan terhadap NPI Siri H.
Berita berkaitan
September 21, 2026, 11:57 pm
Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas stesen minyak di Perak
September 21, 2026, 10:41 pm
Bukan 'escort' pencuri kabel la, polis datang selepas terima terima aduan'
September 21, 2026, 10:27 pm
Yassin Sulaiman buat 'u-turn', tarik balik dakwaan dadah mudah diperoleh di penjara
September 21, 2026, 9:05 pm
Budak lima tahun maut dicampak bapa saudara ke dalam sungai
September 21, 2026, 5:39 pm
‘Bubar DUN, serah semula kepada rakyat’ – AMANAH desak MB Negeri Sembilan susulan krisis Istana, kerajaan negeri
September 21, 2026, 3:37 pm
RM50 juta belum dibayar, Najib masih belum boleh pulang ke rumah - Peguam Negara
September 21, 2026, 2:54 pm
Istana batal pelantikan, MB kata 10 Exco masih sah, teruskan kerja macam biasa
September 21, 2026, 2:42 pm
Pekerja kafe mengaku tidak bersalah salah guna kad ATM individu lain di Besut
September 21, 2026, 2:35 pm
