TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditemukan meninggal dunia dalam tandas stesen minyak di Perak

By
|
Kongsi
image

IPOH 21 Sept – Seorang lelaki yang dipercayai singgah untuk menggunakan tandas di sebuah stesen minyak ditemukan meninggal dunia di premis berkenaan di Taman Tronoh Baru, Tronoh pada Isnin.

Mangsa warga tempatan berusia 39 tahun ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam tandas sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 2.20 petang.

Menurutnya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Gajah tiba di lokasi kira-kira 14 minit kemudian.

"Setibanya di lokasi, pihak polis dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah berada di tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tersekat pada bingkai pintu tandas.

"Mangsa kemudian disahkan meninggal dunia oleh petugas KKM. Difahamkan, mangsa merupakan orang awam yang singgah untuk menggunakan tandas di stesen minyak berkenaan,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sabarodzi berkata, anggota bomba kemudian menjalankan kerja mengeluarkan mangsa dengan melaraskan kedudukannya sebelum lelaki berkenaan berjaya dibawa keluar dari tandas.

Mayat mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.

+ - reset